10 Tips Elak Daripada Diisytihar Muflis
-
Muflis bukan sahaja satu istilah dalam undang-undang kewangan, ia juga boleh membawa tekanan emosi, gangguan hubungan keluarga dan masalah jangka panjang dalam mendapatkan pinjaman atau perumahan. Oleh itu, elakkan muflis bukan sekadar “cara elak masalah” tetapi satu strategi hidup yang bijak.
- Tips #1: Fahami posisi kewangan anda yang terkini Sebelum beralih kepada tips lain, kenal pasti dulu berapa banyak hutang, gaji, perbelanjaan dan simpanan anda. Nak tahu di mana anda “terkandas”? Inilah langkah pertama untuk selamatkan diri daripada muflis.makna yang benar-benar dihargai oleh penerima. Hal ini bukan sahaja membantu anda menjimatkan wang tetapi juga menjadikan hadiah itu lebih istimewa dan tidak dapat dilupakan. Hadiah peribadi, seperti barangan buatan khas atau pengalaman yang disesuaikan dengan minat penerima, boleh memberi impak yang berkekalan tanpa memerlukan tanda harga yang tinggi.
- Tips #2: Buat bajet dan belanja tidak lebih dari pendapatan anda Ingat peraturan mudah: jangan belanja lebih daripada kemampuan anda. Hidup melebihi kemampuan akan cepat membawa kepada hutang tidak terkawal dan merupakan salah satu sebab utama muflis.
- Tentukan jumlah keperluan (makanan, rumah, bil)
- Catat semua perbelanjaan harian atau guna aplikasi bajet.
- Gunakan peraturan seperti 50/30/20 (keperluan/kehendak/simpanan).
Beberapa cadangan dari loanbuddy:
- TTips #3: Rekod dan kurangkan perbelanjaan tidak perlu Sebelum anda “check out”, tepuk dada tanya selera: Perlu ke? Lepas beli barang ni, masih dapat bayar makanan untuk bulan ni? Banyak perbelanjaan kita yang asalnya hanya ‘kehendak’, seperti langganan streaming, makan luar atau beli barang yang tidak penting boleh dikeluarkan dari senarai perbelanjaan untuk elak muflis.
- Tip #4: Bayar hutang terlebih dahulu & utamakan hutang berfaedah tinggi Senaraikan semua hutang anda, termasuk kad kredit, pinjaman peribadi dan lain-lain, kemudian fokus pada yang faedah paling tinggi dahulu. Ini akan menjimatkan kos faedah dan mempercepatkan penyelesaian hutang.
- Tips #5: Sediakan dana kecemasan (Emergency Fund) Dana kecemasan adalah “bantal kewangan” anda apabila berlaku sesuatu yang tidak dijangka, seperti kehilangan kerja atau kerja rosak. Matlamat biasa adalah cukup untuk 3-6 bulan perbelanjaan. Jika tiada dana ini, ramai cenderung mengambil hutang sebagai jalan mudah yang membawa kepada muflis.
- Tips #6: Elak mekanisme hutang tidak sihat (kad kredit & BNPL) Walaupun kad kredit dan BNPL kadangkala kelihatan menarik, terutamanya yang zero interest, penggunaan tanpa kawalan akan menjerat anda dalam hutang jangka panjang. Belanja tunai jika boleh dan kurangkan penggunaan kredit untuk barang yang tidak perlu.
- Tips #7: Jual aset tidak perlu untuk lunaskan hutang Jika hutang semakin banyak, pertimbangkan untuk jual aset yang kurang diperlukan seperti barang elektronik lama, kenderaan kedua atau koleksi yang tiada guna. Hasil jualan boleh digunakan untuk kurangkan hutang, langkah lebih baik berbanding tunggu hutang berganda sehingga muflis.
- Tips #8: Berbincang awal dengan pemberi pinjaman atau bank Jangan lari daripada pegawai bank atau syarikat pemberi pinjaman. Banyak bank sebenarnya bersedia untuk runding semula terma pembayaran, seperti menurunkan kadar faedah atau extend tempoh bayaran, asalkan anda sudi berbincang.
- Tips #9: Cari sumber pendapatan tambahan Jika gaji tetap tak cukup, cari peluang untuk tambah pendapatan, contohnya kerja sambilan, freelance atau jual barang terpakai. Walaupun kecil, sedikit pendapatan tambahan membantu mengurangkan beban hutang dan memperkuat simpanan.
- Tips #10: Dapatkan khidmat profesional bila perlu Jika anda rasa kewangan semakin tidak stabil, jangan malu atau takut untuk meminta pertolongan. Agensi seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di Malaysia menyediakan nasihat, program pengurusan hutang dan pendidikan kewangan secara percuma.
Artikel ini disediakan oleh loanbuddy, sebuah platform permohonan pinjaman peribadi dan pinjaman koperasi dalam talian. Kami membantu memadankan anda dengan kredit komuniti, syarikat koperasi dan institusi perbankan yang sesuai! Mohon sekarang bersama loanbuddy!
*Nota: Artikel ini adalah panduan umum dan boleh disesuaikan mengikut keperluan dan situasi masing-masing.
Perlukan Pinjaman Peribadi Atau Pinjaman Koperasi?
Loanbuddy Sedia Berkhidmat!