Kalkulator Pinjaman
Masukkan amaun pinjaman, tempoh dan kadar faedah melalui slider untuk dapatkan kiraan jumlah pinjaman.
Bayaran Bulanan:
Jumlah
Maklumat yang dipaparkan adalah sebagai petunjuk dan untuk kegunaan peribadi sahaja. loanbuddy tidak menjamin ketepatan pengiraan dan tidak bertanggungjawab bagi apa-apa ketidaktepatan atau ketinggalan. Maklumat di atas tidak bermaksud sebagai satu tawaran kredit dan tidak menjamin bahawa kemudahan kredit yang dipohon akan diluluskan. Semua permohonan untuk pembiayaan adalah tertakluk kepada penilaian dan kelulusan dari rakan kongsi dan pembiaya di platform loanbuddy.


Perlukan Pinjaman? Semak Kelayakan Anda Sekarang!

Cara Permohonan Pinjaman Peribadi
Proses pencarian pinjaman telah diperkemaskan tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan:



Tiada lagi pengisian borang yang tidak berkesudahan atau kebimbangan sama ada sesebuah pemberi pinjaman itu sahih atau tidak. Satu permintaan kepada loanbuddy, selamat datang ke dunia penuh pilihan!
Soalan Lazim
Pinjaman peribadi boleh digunakan untuk pelbagai tujuan mengikut keperluan anda. Ciri-ciri ini menjadikan pinjaman peribadi produk kewangan yang fleksibel dan meluas. Oleh itu, ia adalah popular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Oleh kerana pinjaman peribadi membolehkan pemohon mohon secara online dan menerima pembiayaan secepat 1 hari, ianya boleh memberikan ketenangan fikuiran dan sokongan kewangan yang luar biasa apabila berlaku kecemasan.
Jika anda sedang mencari pinjaman peribadi, kami telah menyediakan panduan yang lengkap di dalam Soalan Lazim (FAQ) ini untuk membantu anda memahami lebih lanjut bagaimana pinjaman peribadi digunakan di Malaysia.
Pinjaman peribadi ialah sejumlah wang yang dipinjam oleh individu daripada institusi kewangan tertentu seperti bank, pemberi pinjaman wang berlesen, dan koperasi dengan kadar faedah dan tempoh yang dipersetujui untuk pembayaran balik pinjaman.
Sebaik sahaja anda menerima wang pinjaman, anda mula membayar balik pembiaya pada jadual yang telah ditetapkan sehingga jumlah pinjaman dibayar sepenuhnya.
Terdapat dua jenis pinjaman peribadi yang tersedia: pinjaman bercagar dan tidak bercagar.
Apa itu pinjaman bercagar?
Pinjaman bercagar bermaksud anda dikehendaki untuk menawarkan aset (contohnya. kereta, rumah) sebagai cagaran sekiranya anda tidak dapat membayar balik pinjaman anda.
Pemberi pinjaman mempunyai hak untuk merampas aset yang anda senaraikan sekiranya anda tidak dapat membayar balik pinjaman dalam terma pembayaran balik yang dipersetujui.
Pinjaman yang lebih besar seperti pinjaman rumah mungkin memerlukan anda menyenaraikan penjamin sekiranya anda gagal membayar balik pinjaman anda.
Apa itu pinjaman tidak bercagar?
Pinjaman tidak bercagar ialah pinjaman di mana pemohon pinjaman tidak perlu menyenaraikan sebarang aset sebagai cagaran. Sebaliknya, pemberi pinjaman akan menilai kelayakan kredit anda berdasarkan kriteria berikut sebelum mereka meluluskan permohonan pinjaman:
- Status pekerjaan
- Penyata pendapatan anda (sekurang-kurangnya 6 bulan)
- Skor kredit
- Kadar Faedah (Interest Rate)
Sebagai contoh, anda memohon pinjaman koperasi sebanyak RM10,000 dengan kadar faedah tahunan 4.50% dan tempoh pinjaman selama 10 tahun. Oleh itu, ansuran bulanan anda adalah kira-kira RM120.83.
Oleh itu, anda perlu mempertimbangkan sama ada kadar faedah yang ditawarkan sesuai dengan kedudukan kewangan anda. Kadar faedah yang lebih tinggi bermakna anda perlu membayar ansuran bulanan yang lebih tinggi.
- Per annum (p.a.)
- Jumlah Pinjaman (Principal)
- Bayaran Balik (Repayment / Instalment)
- Yuran Penyelesaian Awal (Early Settlement Fee)
Sebagai contoh, anda mungkin dikenakan bayaran RM100 atau 1% daripada jumlah pinjaman anda, atau mana-mana lebih tinggi.
- Caj Bayaran Lewat (Late Payment Charges)
Walau bagaimanapun, cuba elakkan untuk terlepas bayaran, kerana ia akan menjejaskan skor kredit anda.
- Penjamin (Guarantor)
Sesiapa sahaja boleh menjadi penjamin asalkan orang itu dapat memenuhi syarat untuk menjadi penjamin, iaitu:
- Berumur 18 tahun dan keatas
- Tidak mempunyai status muflis
- Berfikiran waras dan mempunyai keupayaan mental untuk memahami dokumen jaminan
- Sanggup terima syarat untuk jadi seorang penjamin
- Cagaran (Collateral)
Jika anda tidak membuat pembayaran balik pinjaman anda, bank dan institusi kewangan anda boleh mengambil cagaran anda secara sah dan menjualnya semula untuk menggantikan jumlah kerugian mereka.
- Tempoh (Tenure/Period)
- Rebat (Rebate)
- Jumlah Faedah Yang Dibayar
- Yuran Pengendalian, Yuran Pemprosesan & Duti Setem
Biasanya, sebarang caj atau yuran akan ditolak secara automatik daripada pinjaman itu sendiri. Jika anda diminta oleh pembiaya untuk membayar deposit sebagai yuran pemprosesan, ini mungkin penipuan pinjaman. Anda harus sentiasa ingat bahawa penyedia pinjaman bertauliah tidak akan meminta anda untuk sebarang bayaran sebelum anda menerima pinjaman.
- Insurans/ Takaful