Loanbuddy Pilihan Tepat
Untuk Pinjaman Koperasi Anda

Telus
Komited dalam ketelusan dan komunikasi yang jelas kepada pelanggan kami.

Perbandingan Komprehensif
Analisis data terperinci untuk penyelesaian terbaik.

Mesra Pengguna
Pengalaman bertaraf dunia untuk memberikan sokongan yang lancar.

Kredibel
Telus, profesional dan komited untuk perkhidmatan yang optimum.




Kualiti Perkhidmatan Komitmen Kami
Teras loanbuddy adalah komitmen yang tidak putus terhadap keselamatan kewangan anda.
Setiap pemberi pinjaman di platform kami menjalani proses penapisan yang ketat oleh pakar kami.
Hal ini bermakna:

Semua pemberi pinjaman adalah sah dan mematuhi garis panduan kewangan Malaysia.

Setiap pemberi pinjaman dinilai dengan teliti, termasuk syarat pinjaman dan khidmat pelanggan pemberi pinjaman.

Kami sentiasa memantau prestasi pemberi pinjaman untuk mengekalkan standard yang tinggi.


Syarat-Syarat Permohonan

Cara Permohonan Pinjaman Peribadi
Proses pencarian pinjaman telah diperkemaskan tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan:



Tiada lagi pengisian borang yang tidak berkesudahan atau kebimbangan sama ada sesebuah institusi koperasi itu sahih atau tidak. Hanya satu klik kepada loanbuddy dan selamat datang ke dunia penuh pilihan!
Soalan Lazim
Pinjaman koperasi merupakan kemudahan kredit yang ditawarkan oleh koperasi yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk anggota-anggota mereka yang bekerja sebagai penjawat awam. Operasi dan pentadbiran kemudahan kredit ini dikawal selia oleh Akta Koperasi 1993.
- Kaedah bayaran balik: Bayaran pinjaman koperasi dilakukan melalui potongan gaji peminjam oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Biro ANGKASA) atau Jabatan Akauntan Negara (AG). Bayaran balik pinjaman bank komersial lazimnya dilakukan melalui ‘auto debit’ atau bayaran ansuran ‘bank-in’ secara manual. Terdapat juga situasi di mana ada bank komersial atau pemberi pinjaman wang berlesen yang menawarkan pilihan potongan gaji.
- Kriteria kredit: Kriteria kelulusan pinjaman koperasi adalah lebih mudah dan peminjam yang ada rekod negatif CCRIS/CTOS, komitmen luar tinggi, AKPK atau disenaraikan di bawah ‘Akaun Perhatian Khas’ (SAA) berpeluang untuk dapatkan kelulusan pinjaman koperasi. Kriteria kelulusan untuk pinjaman bank komersial adalah lebih ketat di mana peminjam yang ada rekod CCRIS atau CTOS yang kurang baik (bayaran pinjaman lewat melebihi 3 bulan), komitmen luar tinggi, atau disenaraikan bawah ‘Akaun Perhatian Khas’ (SAA), mungkin sukar untuk dapatkan kelulusan pinjaman daripada bank.
- Kadar faedah: Kadar faedah pinjaman koperasi biasanya lebih rendah daripada pinjaman bank komersial di mana kaedah bayaran balik untuk pinjaman bank adalah melalui ‘bank-in’ secara manual atau ‘auto debit’. Salah satu sebab kadar faedah pinjaman koperasi adalah lebih rendah kerana kaedah bayaran balik adalah melalui potongan gaji. Selain itu, kadar faedah akan jadi yang paling rendah untuk pinjaman peribadi bank yang dilakukan melalui pemotongan gaji.
- Jumlah Bersih Bayaran Keluar (Payout): Biasanya pinjaman koperasi tidak membayar 100% jumlah pinjaman kepada peminjam. Kebanyakan payout pinjaman koperasi adalah antara lingkungan 80%-95%. Ini adalah selepas potongan takaful, duti setem, pembayaran balik bulanan, saham koperasi dan yuran keahlian. Selain itu, payout untuk pinjaman bank komersial adalah lebih tinggi sebab ia tidak termasuk potongan untuk saham koperasi dan yuran keahlian.
- Jenis pemohon: Pinjaman koperasi dikhaskan untuk penjawat awam. Permohonan pinjaman bank komersial terbuka kepada pekerja swasta, bekerja sendiri serta pekerja sektor awam. Tetapi, untuk pinjaman koperasi di mana pembayaran balik adalah melalui potongan ANGKASA, ia dikhaskan untuk kakitangan kerajaan dan pekerja GLC.loanbuddy hanyalah sebuah platform untuk semua
Untuk penjawat awam yang memilih kaedah pembayaran balik adalah melalui potongan gaji, anda ada pilihan untuk mohon pinjaman bank, pemberi pinjaman wang berlesen dan pinjaman koperasi. Berikut adalah beberapa faktor yang boleh dipertimbangkan:
Sesuai untuk mohon pinjaman peribadi bank dan pemberi pinjaman wang berlesen jika:
- Mencari pinjaman peribadi berkadar rendah dengan payout tinggi
- Peminjam yang ada rekod pembayaran yang baik dan tiada rekod kredit negatif
- Peminjam yang ada komitmen hutang yang rendah
- Peminjam yang ada rekod kredit negatif, AKPK atau disenarai bawah Akaun Perhatian Khas (SAA)
- Peminjam yang ada komitmen tinggi di luar slip gaji
Perlukan Pinjaman?
Semak Kelayakan Anda Sekarang!
