BNPL: Pembayaran Digital yang Mempengaruh Pengurusan Kewangan Peribadi di Malaysia

Dalam era digital yang semakin berkembang pesat, kaedah pembayaran turut berevolusi untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna moden. Salah satu inovasi yang semakin mendapat tempat di hati pengguna Malaysia ialah konsep “Beli Sekarang, Bayar Kemudian” atau lebih dikenali sebagai Buy Now, Pay Later (BNPL).

  • Konsep Asas BNPL

BNPL membolehkan pengguna membeli barangan atau perkhidmatan dan membayar secara ansuran dalam tempoh tertentu tanpa faedah, selagi pembayaran dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan. Platform BNPL seperti Atome, Grab PayLater, Shopee PayLater, dan kini, TikTok PayLater telah memperluaskan perkhidmatan mereka di Malaysia, menarik minat terutama golongan muda yang mencari kemudahan dan fleksibiliti dalam berbelanja.

  • Kenapa penggunaan BNPL ini popular dalam kalangan masyarakat sekarang?

  • Kemudahan dan kepantasan: Proses pendaftaran yang mudah dan kelulusan segera menjadikan BNPL pilihan menarik bagi mereka yang ingin membuat pembelian tanpa halangan birokrasi.
  • Tiada faedah tambahan jika dibayar tepat masa: Tidak seperti kad kredit, BNPL menawarkan ansuran tanpa faedah selagi pembayaran dibuat mengikut jadual, mengurangkan beban kewangan pengguna.
  • Peningkatan belanja dalam talian: Pandemik COVID-19 telah mempercepatkan peralihan kepada pembelian dalam talian, dan BNPL menyediakan alternatif pembayaran yang selari dengan trend ini.

  • Jadi, apa implikasi terhadap pengurusan kewangan peribadi kita?

Walaupun BNPL menawarkan pelbagai kemudahan, pengguna perlu berhati-hati terhadap beberapa implikasi kewangan:

  • Risiko hutang berlebihan: Kemudahan membeli tanpa pembayaran segera boleh mendorong kepada perbelanjaan impulsive, mengakibatkan hutang yang sukar dikawal.
  • Kurangnya kesedaran kewangan: Sesetengah pengguna mungkin tidak memahami sepenuhnya terma dan syarat BNPL, termasuk penalty jika gagal membayar mengikut jadual.
  • Kesan terhadap skor kredit: Kegagalan memenuhi komitmen pembayaran boleh menjejaskan skor kredit, menyukarkan akses kepada kemudahan kewangan lain di masa hadapan.

  • Nak pakai BNPL pun kena berhemat tau!

Untuk memanfaatkan BNPL tanpa menjejaskan kesihatan kewangan, pertimbangkan langkah berikut:

  • Buat bajet bulanan: Pastikan ansuran BNPL dimasukkan dalam perancangan bajet bulanan anda untuk mengelakkan komitmen melebihi kemampuan. Nak buat bajet bulanan, senang sahaja! Boleh ikut formula 50/30/20. KLIK SINI kalau nak tahu cara pakai formula ini!
  • Elakkan pembelian impulsif: Gunakan BNPL untuk keperluan sebenar, bukan sekadar memenuhi kehendak sementara.
  • Patuhi jadual pembayaran: Pastikan pembayaran dibuat tepat pada masanya untuk mengelakkan penalty dan faedah tambahan.

Baca juga: Pembelian Impulsif: Apa & Bagaimana untuk Mengatasi

  • Bukan pengguna sahaja perlu berhemat, penyedia perkhidmatan pun kena cekap.

Penyedia perkhidmatan BNPL di Malaysia perlu memastikan bahawa pengguna diberikan maklumat yang jelas mengenai terma dan syarat perkhidmatan mereka. Ini termasuk penjelasan mengenai jadual pembayaran, penalti untuk pembayaran lewat, dan implikasi lain yang berkaitan. Maklumat ini penting untuk membantu pengguna membuat keputusan yang bijak dan mengelakkan masalah kewangan di kemudian hari.

Selain itu, pengawal selia kewangan di Malaysia memainkan peranan penting dalam memantau dan mengawal selia industry BNPL. Tujuannya adalah untuk melindungi pengguna daripada amalan perniagaan yang tidak adil dan memastikan bahawa penyedia perkhidmatan mematuhi standard yang ditetapkan. Langkah-langkah ini termasuk pengenalan garis panduan yang ketat mengenai pengiklanan, penilaian kredit, dan pengurusan risiko.

  • Masa Depan BNPL di Malaysia

BNPL telah membawa transformasi signifikan dalam landskap pembayaran digital di Malaysia, menawarkan kemudahan dan flesibiliti kepada pengguna. Namun, seperti mana-mana alat kewangan, ia perlu digunakan dengan bijak dan bertanggungjawab.

Pengguna disarankan untuk memahami sepenuhnya terma perkhidmatan, mengawal perbelanjaan, dan memastikan komitmen pembayaran dipenuhi untuk mengelakkan implikasi kewangan yang negatif.

Dengan pendekatan yang tepat, BNPL boleh menjadi alat yang berguna dalam pengurusan kewangan peribadi di era digital in

Artikel ini disediakan oleh loanbuddy, sebuah platform permohonan pinjaman peribadi dan pinjaman koperasi dalam talian dan pada yang sama, platform untuk anda belajar tentang asas kewangan. Semak tahap kesihatan kewangan anda dengan loanfit, agar anda dapat mengetahui situasi kewangan anda pada setiap masa, tanpa sebarang caj.

*Nota: Artikel ini adalah panduan umum dan boleh disesuaikan mengikut keperluan dan situasi masing-masing.


Perlukan Pinjaman?
Semak Kelayakan Anda Sekarang!