

LoanBuddy (bakal dirujuk sebagai “LoanBuddy” atau “kami”), berkomited untuk menghormati dan melindungi privasi dan data peribadi anda.
Dasar privasi ini (bersama dengan terma dan syarat dan sebarang dokumen lain yang dirujuk kepadanya) menentukan kaedah pengurusan maklumat peribadi yang dikumpulkan atau yang diberikan kepada kami.
Dalam mengumpul dan mengendalikan data peribadi anda, kami terikat dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2012 (bakal dirujuk sebagai “Akta”) dan undang-undang lain seperti garis panduan privasi yang terpakai. Dengan memberikan Data Peribadi anda kepada kami, anda dianggap telah membaca dan bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan, pemprosesan, pendedahan dan pengendalian data peribadi anda mengikut dasar privasi ini.
Ungkapan “data peribadi” hendaklah membawa maksud seperti yang ditakrifkan oleh Akta dan termasuk maklumat mengenai nama, nombor kad pengenalan, nombor pasport, alamat, jantina, tarikh lahir, maklumat perhubungan, alamat e-mel, bangsa dan kewarganegaraan.
Data Peribadi yang diberikan kepada kami melalui borang di laman web kami di loanbuddy.com.my, atau melalui pautan di platform sosial digital kami atau melalui pautan WhatsApp (bakal dirujuk sebagai “laman web kami”) mungkin perlu didedahkan untuk tujuan memproses permohonan pinjaman, melanjutkan atau memperbaharui permohonan pinjaman atau menyediakan perkhidmatan lain yang berkaitan.
Jika anda menghubungi kami, kami mungkin menyimpan rekod komunikasi itu. Kami mungkin meminta anda untuk melengkapkan tinjauan secara sukarela untuk penyelidikan, menjejak butiran transaksi anda dan memantau lawatan laman web anda dan sumber yang diakses.
Adalah diperlukan bagi pihak kami untuk mengumpul dan memproses data peribadi anda. Kegagalan untuk memberikan data peribadi yang diperlukan atau persetujuan kepada notis ini boleh menyebabkan LoanBuddy tidak dapat memproses permohonan pinjaman anda, membuka akaun baharu atau mengekalkan akaun sedia ada.
Dengan memberikan Data Peribadi anda, anda membenarkan penggunaannya untuk tujuan berikut:
Data Peribadi anda mungkin akan digunakan untuk pemasaran secara langsung seperti berikut:
Data peribadi yang diberi akan dirahsiakan dan direkod tetapi mungkin akan diberikan kepada pihak-pihak berikut dan digunakan untuk tujuan yang digariskan di bawah:
Dengan persetujuan pendedahan ini, anda mengakui bahawa Data Peribadi anda mungkin dikongsi dan digunakan untuk tujuan yang digariskan, membolehkan kami menyampaikan perkhidmatan kami dengan berkesan sambil mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan.
Setelah maklumat anda diterima, kami akan melaksanakan prosedur dan langkah keselamatan yang ketat untuk melindungi akses tanpa kebenaran. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat menjamin keselamatan mutlak maklumat yang dihantar melalui internet.
Kami akan menjalankan tugas yang terbaik untuk melindungi Data Peribadi anda. Jika anda telah diberikan kata laluan untuk mengakses bahagian tertentu di laman web kami, anda bertanggungjawab untuk mengekalkan kerahsian kata laluan ini dan tidak boleh dikongsikan dengan sesiapa pun.
Sebarang perubahan yang mungkin kami lakukan pada dasar privasi kami pada masa hadapan akan disiarkan di halaman ini. Jika terdapat sebarang pindaan pada dasar privasi ini, pindaan hanya akan digunakan pada data peribadi yang dikumpul selepas kami menyiarkan dasar privasi yang telah disemak.
Anda bersetuju untuk menanggung rugi yang tidak boleh ditarik balik dan memegang LoanBuddy daripada semua liabiliti, tuntutan, kerugian dan perbelanjaan, termasuk yuran guaman, yang mungkin timbul berkaitan dengan:
Bahan dan maklumat di laman web ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkhidmatan, produk, data, teks, grafik, audio, video, pautan atau item lain, disediakan atas dasar “seadanya’ dan sebagaimana tersedia”. Rujukan kepada bahan dan maklumat yang terkandung dalam laman web termasuk bahan dan maklumat yang diberikan oleh pihak ketiga.
LoanBuddy tidak membuat jaminan, representasi atau pengendorsan yang nyata atau tersirat, termasuk tetapi tidak terhad kepada waranti hak milik, ketidakpelanggaran, kebolehdagangan, ketepatan, kesempurnaan, kebolehpercayaan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu. LoanBuddy secara jelas menafikan liabiliti untuk sebarang kesilapan atau ketinggalan dalam bahan, maklumat atau fungsi tersebut. Walaupun tindakan yang munasabah diambil untuk memastikan ketepatan maklumat yang berasal secara eksklusif daripada LoanBuddy mengenai transaksi dan produknya, tiada waranti akan diberi.
Selain itu, LoanBuddy tidak menjamin bahawa akses kepada laman web, bahan, maklumat, atau fungsi tidak akan terganggu, bebas ralat atau dibetulkan kecacatannya. Tiada jaminan terhadap kelewatan, kegagalan, ralat dalam penghantaran, virus atau unsur bahaya lain yang boleh merosakkan sistem anda.
Bahan dan maklumat di laman web ini tidak boleh dianggap sebagai tawaran, permintaan atau nasihat yang berkaitan dengan sekuriti, pelaburan, pinjaman atau produk kewangan lain. Anda bertanggungjawab untuk menilai kualiti, kesesuaian, ketepatan dan kegunaan semua perkhidmatan, kandungan dan maklumat yang diperoleh melalui laman web. Anda harus mendapatkan nasihat profesional dan mengesahkan sebarang maklumat secara bebas sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, perniagaan atau komersial berdasarkan kandungan yang disediakan.
Dengan menggunakan perkhidmatan kami, membuat permohonan pinjaman atau melawati laman web kami, anda membenarkan kami mengumpul dan memproses data peribadi anda dan aktiviti lain mengikut notis ini. Anda mengesahkan bahawa semua Data Peribadi yang anda berikan adalah tepat, tidak mengelirukan dan telah dikemaskini. Anda bersetuju untuk memaklumkan kami dengan segera tentang sebarang perubahan pada Data Peribadi anda.
Di bawah Akta, individu mempunyai hak:
Selaras dengan terma Akta, kami mempunyai hak untuk, dan mungkin, mengenakan bayaran untuk memproses sebarang permintaan akses data.
Jika anda ingin mengakses, membetulkan, menyekat, atau membantah penggunaan Data Peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa. Sila arahkan permintaan anda, termasuk soalan, aduan atau pertanyaan tentang dasar, amalan, dan jenis data yang kami pegang, kepada:
E-mel: [email protected]
Perhatian: Pegawai Loanbuddy
Selaras dengan Seksyen 7(3) Akta, dasar privasi ini dikeluarkan dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.
Terma dan syarat yang terkandung tertakluk kepada pemohon yang sah (bakal dirujuk sebagai “Pelanggan”) dan yang telah diberikan pembiayaan peribadi (bakal dirujuk sebagai “Perkhidmatan”) oleh Klien (bakal dirujuk sebagai “Pembiaya”). Segala produk dan perkhidmatan dari LoanBuddy adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang berkenaan. Sila baca bersama-sama dengan mana-mana perjanjian khusus untuk transaksi dan perkhidmatan.
Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini adalah sebagai tambahan kepada, dan bukan sebagai pengganti kepada atau pengurangan mana-mana terma dan syarat yang terikat kepada Pelanggan dari semasa ke semasa. LoanBuddy berhak untuk menukar maklumat dan kandungan di laman web ini pada bila-bila masa. Dengan meneruskan penggunaan laman web ini bermakna anda menerima perubahan-perubahan ini.
Pembiaya hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya untuk runding dan muktamadkan Perjanjian Pembiayaaan dengan Pelanggan. Semua dokumen yang disediakan oleh LoanBuddy, termasuk tetapi tidak terhad kepada laporan, helaian perbandingan, atau mana-mana dokumen lain yang berkaitan dengan pembiayaan pinjaman peribadi, adalah untuk tujuan permakluman sahaja dan bukan nasihat kewangan.
Pelanggan mewakili dan menjamin kepada Pembiaya seperti yang berikut:-
Pelanggan tidak mempunyai hak untuk menyerahkan atau memindahkan mana-mana hak, aku janji, perjanjian, kewajipan, liabiliti dan/atau obligasi yang termaktub dalam terma dan syarat ini.
Sebarang terma, syarat, ketetapan, peruntukan, perjanjian atau aku janji yang terkandung di sini yang menyalahi undang-undang, dilarang atau tidak boleh dikuatkuasakan dalam mana-mana bidang kuasa hendaklah, mengenai bidang kuasa tersebut, dihentikan setakat undang-undang, larangan atau yang tidak boleh dikuatkuasakan dalam mana-mana bidang kuasa tersebut, tanpa membatalkan atau menjadikan tidak sah, batal atau tidak boleh dikuatkuasakan mana-mana terma, syarat, ketetapan, peruntukan, perjanjian atau aku janji sedemikian dalam mana-mana bidang kuasa lain.
Salinan Terma dan Syarat ini diterbitkan di laman web loanbuddy.com.my. Sekiranya LoanBuddy menukar atau mengubah apa-apa terma dan syarat di sini, versi yang dipinda dan dikemaskini akan disiarkan di laman web tersebut.
Segala bahan di laman web LoanBuddy adalah disediakan “seadanya”. LoanBuddy tidak menjamin ketepatan, kebergantungan, atau kesempurnaan maklumat dan tidak bertanggungjawab atas kesilapan atau gangguan dalam perkhidmatan. Maklumat di laman ini bukanlah tawaran untuk membeli, menjual atau memindahkan sebarang sekuriti atau perkhidmatan. Pelanggan bertanggungjawab untuk menilai perkhidmatan dan mendapatkan nasihat profesional seperti yang disarankan.
Pautan ke laman luar adalah untuk kemudahan sahaja. LoanBuddy tidak bertanggungjawab untuk kandungan pada laman yang dipautkan dan tidak mengendorsnya. Penggunaan pautan luar adalah atas risiko Pelanggan sendiri.
Kandungan di laman web ini dimiliki oleh LoanBuddy dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta. Pelanggan tidak boleh menyalin, mengedar, atau mengubah suai sebarang kandungan tanpa kebenaran.
Semua tanda dagang dan logo di laman web adalah milik LoanBuddy. Tiada hak diberikan untuk menggunakannya tanpa kebenaran terlebih dahulu.
LoanBuddy tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian atau kerosakan daripada menggunakan laman web ini atau pergantungan pada kandungannya.
Pelanggan bersetuju untuk menanggung rugi LoanBuddy daripada sebarang tuntutan, kerugian atau perbelanjaan yang timbul daripada penggunaan laman web atau pelanggaran syarat ini oleh Pelanggan.
LoanBuddy boleh menggantung atau menamatkan akses Pelanggan ke laman web pada bila-bila masa atas sebarang sebab, terutamanya pelanggaran terma dan syarat ini.
Terma-terma ini dikawal oleh undang-undang Malaysia. Dengan menggunakan laman web ini, Pelanggan bersetuju dengan bidang kuasa mahkamah Malaysia untuk sebarang pertikaian.
LoanBuddy komited terhadap keselamatan maklumat anda. Sentiasa rahsiakan nama pengguna dan kata laluan anda. Berwaspada dengan e-mel dan panggilan telefon yang meminta maklumat peribadi. LoanBuddy tidak akan meminta maklumat sensitif melalui cara ini.