Dasar Privasi Loanbuddy
LoanBuddy (bakal dirujuk sebagai “LoanBuddy” atau “kami”), berkomited untuk menghormati dan melindungi privasi dan data peribadi anda.
Dasar privasi ini (bersama dengan terma dan syarat dan sebarang dokumen lain yang dirujuk kepadanya) menentukan kaedah pengurusan maklumat peribadi yang dikumpulkan atau yang diberikan kepada kami.
Dalam mengumpul dan mengendalikan data peribadi anda, kami terikat dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2012 (bakal dirujuk sebagai “Akta”) dan undang-undang lain seperti garis panduan privasi yang terpakai. Dengan memberikan Data Peribadi anda kepada kami, anda dianggap telah membaca dan bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan, pemprosesan, pendedahan dan pengendalian data peribadi anda mengikut dasar privasi ini.
1. DATA PERIBADI
Ungkapan “data peribadi” hendaklah membawa maksud seperti yang ditakrifkan oleh Akta dan termasuk maklumat mengenai nama, nombor kad pengenalan, nombor pasport, alamat, jantina, tarikh lahir, maklumat perhubungan, alamat e-mel, bangsa dan kewarganegaraan.
Data Peribadi yang diberikan kepada kami melalui borang di laman web kami di www.loanbuddy.com.my, atau melalui pautan di platform sosial digital kami atau melalui pautan WhatsApp (bakal dirujuk sebagai “laman web kami”) mungkin perlu didedahkan untuk tujuan memproses permohonan pinjaman, melanjutkan atau memperbaharui permohonan pinjaman atau menyediakan perkhidmatan lain yang berkaitan.
Jika anda menghubungi kami, kami mungkin menyimpan rekod komunikasi itu. Kami mungkin meminta anda untuk melengkapkan tinjauan secara sukarela untuk penyelidikan, menjejak butiran transaksi anda dan memantau lawatan laman web anda dan sumber yang diakses.
Adalah diperlukan bagi pihak kami untuk mengumpul dan memproses data peribadi anda. Kegagalan untuk memberikan data peribadi yang diperlukan atau persetujuan kepada notis ini boleh menyebabkan LoanBuddy tidak dapat memproses permohonan pinjaman anda, membuka akaun baharu atau mengekalkan akaun sedia ada.
2. PENGGUNAAN DATA PERIBADI
Dengan memberikan Data Peribadi anda, anda membenarkan penggunaannya untuk tujuan berikut:
a. Penilaian Permohonan Pinjaman: Data Peribadi anda boleh digunakan untuk menilai merit dan kelayakan permohonan anda untuk kemudahan pinjaman, termasuk penilaian oleh penyedia pinjaman.
b. Komunikasi Berkenaan Ciri Pinjaman: Kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda untuk memaklumkan kepada anda tentang sebarang kemas kini, perubahan atau pengubahsuaian kepada terma, syarat, atau ciri produk atau perkhidmatan pinjaman yang anda mohon.
c. Pengurusan Akaun yang Sedang Berjalan: Data Peribadi anda juga boleh digunakan untuk mengurus dan menyelenggara akaun pinjaman anda, termasuk sebarang sambungan atau pembaharuan kemudahan pinjaman.
d. Komunikasi dan Penyelesaian Pertikaian: Data Peribadi anda boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan anda mengenai permohonan atau akaun pinjaman anda, termasuk menangani sebarang pertanyaan atau menyelesaikan pertikaian yang berkaitan dengan kemudahan pinjaman.
e. Penambahbaikan Perkhidmatan: Kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda untuk menganalisi dan menambahbaik produk dan perkhidmatan kami untuk memenuhi keperluan anda dengan lebih baik.
f. Pematuhan Undang-undang dan Kontrak: Untuk memastikan pematuhan terhadap kewajipan undang-undang dan kontrak.
g. Pematuhan Dasar Dalaman: Data Peribadi anda boleh digunakan untuk mematuhi dasar dan prosedur dalaman, termasuk yang berkaitan dengan pencegahan pengubahan wang haram, penipuan atau aktiviti haram yang lain.
h. Pentadbiran dan Perakaunan: Untuk memenuhi keperluan pentadbiran dan perakaunan dalaman kami.
i. Penyelenggaraan Sejarah Kredit: Kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda untuk mengekalkan rekod sejarah kredit anda untuk rujukan dan penilaian masa depan yang berkaitan dengan perkhidmatan kewangan.
j. Pemprofilan dan Tinjauan Pelanggan: Data Peribadi anda boleh digunakan untuk mereka bentuk dan menjalankan tinjauan yang bertujuan untuk memahami keutamaan dan pemprofilan pelanggan untuk tujuan pemasaran dan pembangunan produk.
k. Analisis Statistik: Kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda untuk analisis statistik untuk lebih memahami arah aliran pasaran dan gelagat pelanggan, yang akan membantu dalam meningkatkan produk dan perkhidmatan kami.
l. Penyediaan Makluman dan Bahan Pendidikan: Data Peribadi anda boleh digunakan untuk memberi anda pemakluman, surat berita dan bahan pendidikan, serta sebarang maklumat yang telah anda minta atau daftar untuk diterima.
Data Peribadi anda mungkin akan digunakan untuk pemasaran secara langsung seperti berikut:
a. Penggunaan Data: Nama, butiran komunikasi, maklumat produk/perkhidmatan, corak transaksi, tingkah laku dan data demografi anda boleh digunakan untuk pemasaran langsung.
b. Subjek Pemasaran:
• Kemudahan kredit/pinjaman dan perkhidmatan/produk kewangan lain daripada kami, affiliate, atau pihak ketiga.
• Program ganjaran loyalty, tawaran promosi dan perkhidmatan yang berkaitan.
• Jemputan ke acara (seperti seminar, webinar, persidangan, acara langsung).
c. Perkongsian Data: Data anda mungkin dikongsi dengan para affiliate atau pihak ketiga untuk tujuan pemasaran di mana ia tertakluk kepada persetujuan bertulis anda.
d. Pampasan: Kami mungkin menerima pampasan dari perkongsian data seperti yang diterangkan di atas.
e. Kaedah Komunikasi: Kami mungkin memasarkan melalui faks, e-mel, mel, telefon atau e-newsletter. Anda boleh menarik diri pada bila-bila masa dengan menghubungi kami tanpa sebarang bayaran.
3. PENDEDAHAN DAN TUJUAN DATA PERIBADI
Data peribadi yang diberi akan dirahsiakan dan direkod tetapi mungkin akan diberikan kepada pihak-pihak berikut dan digunakan untuk tujuan yang digariskan di bawah:
a. Kakitangan: Dikongsi dengan pekerja dan kakitangan kami yang memerlukan akses untuk melaksanakan kerja hakiki yang berkaitan dengan perkhidmatan kami.
b. Ejen dan Penasihat: Didedahkan kepada ejen, kontraktor dan penasihat kami yang membantu dalam menyampaikan perkhidmatan kami, dengan syarat mereka terikat dengan obligasi kerahsiaan.
c. Agensi Pelaporan Kredit: Dikongsi dengan agensi pelaporan kredit untuk menilai kelayakan kredit, menilai permohonan pinjaman dan mengekalkan rekod kredit yang tepat.
d. Agensi Kutipan Hutang: Didedahkan kepada agensi kutipan hutang sekiranya terdapat hutang tertunggak untuk tujuan mengutip bayaran kepada kami.
e. Obligasi Kerahsiaan: Dikongsi dengan individu atau entiti yang berada di bawah obligasi kerahsiaan untuk memastikan pengendalian maklumat yang bertanggungjawab.
f. Keperluan Undang-undang dan Kawal Selia: Didedahkan kepada pihak yang berkaitan di bawah undang-undang dan peraturan yang berkenaan, dalam Malaysia dan antarabangsa, untuk memastikan kepatuhan.
Dengan persetujuan pendedahan ini, anda mengakui bahawa Data Peribadi anda mungkin dikongsi dan digunakan untuk tujuan yang digariskan, membolehkan kami menyampaikan perkhidmatan kami dengan berkesan sambil mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan.
4. KUKI
a. Laman web kami menggunakan kuki untuk membezakan pengguna, meningkatkan pengalaman melayar dan menambahbaik laman web. Dengan meneruskan pelayaran, anda bersetuju dengan penggunaan kuki kami.
b. Kuki ialah fail kecil yang disimpan dalam layar atau pemacu komputer anda jika dibenarkan, dan mengandungi data yang dipindahkan ke peranti anda.
c. Kami menggunakan kuki yang dinyatakan di bawah:
• Kuki yang sangat diperlukan: Mendayakan fungsi laman web penting seperti mengecam tetapan layar, membawa maklumat antara halaman dan mengekalkan sesi log masuk yang selamat.
• Kuki analitik/prestasi: Mengira jumlah pelawat dan menjejaki pergerakan mereka di laman web untuk meningkatkan pengalaman pengguna.
• Kuki berfungsi: Mengenali pelawat yang kembali untuk memperibadikan kandungan dan merekod keutamaan pelawat.
• Kuki bersasar/beriklan: Menjejaki lawatan, respons kepada iklan dan interaksi laman web untuk menyesuaikan pemasaran dan meningkatkan keberkesanan pengiklanan.
d. Pihak ketiga (seperti rangkaian iklan, penyedia analisis trafik) boleh menggunakan kuki yang bukan di bawah kawalan kami, biasanya kuki analisis atau bersasar.
e. Anda boleh melaraskan tetapan pelayar untuk menolak kuki, namun hendaklah diingatkan bahawa menyekat semua kuki boleh menjejaskan fungsi laman web.
f. Kami mungking menggunakan perkhidmatan analitik web pihak ketiga yang mengumpul maklumat melalui kuki dan teknologi lain untuk menganalisi penggunaan laman web dan menyesuaikan pengiklanan.
5. PENGHANTARAN DATA DAN KESELAMATAN
Setelah maklumat anda diterima, kami akan melaksanakan prosedur dan langkah keselamatan yang ketat untuk melindungi akses tanpa kebenaran. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat menjamin keselamatan mutlak maklumat yang dihantar melalui internet.
Kami akan menjalankan tugas yang terbaik untuk melindungi Data Peribadi anda. Jika anda telah diberikan kata laluan untuk mengakses bahagian tertentu di laman web kami, anda bertanggungjawab untuk mengekalkan kerahsian kata laluan ini dan tidak boleh dikongsikan dengan sesiapa pun.
6. PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI
Sebarang perubahan yang mungkin kami lakukan pada dasar privasi kami pada masa hadapan akan disiarkan di halaman ini. Jika terdapat sebarang pindaan pada dasar privasi ini, pindaan hanya akan digunakan pada data peribadi yang dikumpul selepas kami menyiarkan dasar privasi yang telah disemak.
7. INDEMNITI
Anda bersetuju untuk menanggung rugi yang tidak boleh ditarik balik dan memegang LoanBuddy daripada semua liabiliti, tuntutan, kerugian dan perbelanjaan, termasuk yuran guaman, yang mungkin timbul berkaitan dengan:
a. penggunaan atau penyalahgunaan laman web ini dan perkhidmatannya oleh anda;
b. pelanggaran terhadap terma dan syarat ini; atau
c. sebarang tuntutan pelanggaran harta intelek atau hak proprietari yang dibuat oleh pihak ketiga yang berkaitan dengan penggunaan laman web ini.
8. PENAFIAN
Bahan dan maklumat di laman web ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkhidmatan, produk, data, teks, grafik, audio, video, pautan atau item lain, disediakan atas dasar “seadanya’ dan sebagaimana tersedia”. Rujukan kepada bahan dan maklumat yang terkandung dalam laman web termasuk bahan dan maklumat yang diberikan oleh pihak ketiga.
LoanBuddy tidak membuat jaminan, representasi atau pengendorsan yang nyata atau tersirat, termasuk tetapi tidak terhad kepada waranti hak milik, ketidakpelanggaran, kebolehdagangan, ketepatan, kesempurnaan, kebolehpercayaan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu. LoanBuddy secara jelas menafikan liabiliti untuk sebarang kesilapan atau ketinggalan dalam bahan, maklumat atau fungsi tersebut. Walaupun tindakan yang munasabah diambil untuk memastikan ketepatan maklumat yang berasal secara eksklusif daripada LoanBuddy mengenai transaksi dan produknya, tiada waranti akan diberi.
Selain itu, LoanBuddy tidak menjamin bahawa akses kepada laman web, bahan, maklumat, atau fungsi tidak akan terganggu, bebas ralat atau dibetulkan kecacatannya. Tiada jaminan terhadap kelewatan, kegagalan, ralat dalam penghantaran, virus atau unsur bahaya lain yang boleh merosakkan sistem anda.
Bahan dan maklumat di laman web ini tidak boleh dianggap sebagai tawaran, permintaan atau nasihat yang berkaitan dengan sekuriti, pelaburan, pinjaman atau produk kewangan lain. Anda bertanggungjawab untuk menilai kualiti, kesesuaian, ketepatan dan kegunaan semua perkhidmatan, kandungan dan maklumat yang diperoleh melalui laman web. Anda harus mendapatkan nasihat profesional dan mengesahkan sebarang maklumat secara bebas sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, perniagaan atau komersial berdasarkan kandungan yang disediakan.
9. KEBENARAN DAN HAK
Dengan menggunakan perkhidmatan kami, membuat permohonan pinjaman atau melawati laman web kami, anda membenarkan kami mengumpul dan memproses data peribadi anda dan aktiviti lain mengikut notis ini. Anda mengesahkan bahawa semua Data Peribadi yang anda berikan adalah tepat, tidak mengelirukan dan telah dikemaskini. Anda bersetuju untuk memaklumkan kami dengan segera tentang sebarang perubahan pada Data Peribadi anda.
Di bawah Akta, individu mempunyai hak:
a. Untuk menyemak sama ada kami menyimpan data peribadi tentang anda dan mengakses data tersebut;
b. Untuk menghendakkan kami membetulkan secepat yang mungkin mana-mana data yanng tidak tepat yang berkaitang dengan anda;
c. Untuk memastikan dasar dan amalan kami berhubung dengan data peribadi dan jenis data peribadi yang dipegang oleh kami;
d. Untuk membantah penggunaan data peribadi anda untuk tujuan pemasaran dan kami tidak akan menggunakan data peribadi anda untuk tujuan pemasaran selepas anda menyampaikan bantahan anda kepada kami; dan
e. Untuk meminta untuk dimaklumkan item data peribadi yang didedahkan secara rutin kepada agensi pelaporan kredit atau agensi kutipan hutang, dan diberikan maklumat lanjut untuk membolehkan permintaan akses dan pembetulan kepada agensi rujukan kredit atau agensi kutipan hutang yang berkaitan.
Selaras dengan terma Akta, kami mempunyai hak untuk, dan mungkin, mengenakan bayaran untuk memproses sebarang permintaan akses data.
Jika anda ingin mengakses, membetulkan, menyekat, atau membantah penggunaan Data Peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa. Sila arahkan permintaan anda, termasuk soalan, aduan atau pertanyaan tentang dasar, amalan, dan jenis data yang kami pegang, kepada:
E-mel : [email protected]
Perhatian : Pegawai LoanBuddy
10. BAHASA
Selaras dengan Seksyen 7(3) Akta, dasar privasi ini dikeluarkan dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.
Kemaskini terakhir: 20 September 2024