Supermom Mengurus, Menyimpan & Melabur Demi Masa Depan Anak-Anak

Bila kita sebut “ibu”, apa yang terbayang dalam kepala kita? Mungkin wajah seorang wanita yang sibuk di dapur, melayan kerenah anak-anak, mengurus rumah tangga tanpa mengenal apa ertinya lelah. Tapi sebenarnya, lebih dari itu, seorang ibu juga adalah “Menteri Kewangan” tak rasmi dalam sesebuah keluarga.

Dari beli bawang sampai ke bayar bil, semua jatuh atas bahu ibu. Kadang-kadang tanpa kita sedar, ibu lah mastermind yang memastikan semua keperluan mencukupi, walaupun gaji suami atau sumber pendapatan tidaklah banyak mana.

Tapi…sedarkah kita betapa besarnya peranan ibu dalam pengurusan kewangan keluarga? Dan paling utama, bukan setakat uruskan, ibu juga boleh tingkatkan kestabilan kewangan keluarga tau!

Tak lama lagi nak sambut Hari Ibu, jadi jom kita fahamkan macam mana Supermom korang boleh buat semua benda ini.

  • Ibu sebagai CEO kewangan rumah tangga
Kalau syarikat ada CEO, keluarga pula ada ibu.

Setiap hari, ibu buat keputusan kewangan:
✓ Nak beli barang dapur berapa banyak?
✓ Nak bayar bil mana dulu?
✓ Nak simpan berapa, belanja berapa?

Mungkin nampak macam benda kecil, tapi sebenarnya inilah asas kestabilan kewangan keluarga. Ibu yang bijak akan tahu mana yang patut diutamakan, dan mana yang boleh ditangguhkan. Tak ada bajet formal macam dalam syarikat pun tak apa, janji disiplin itu tetap ada.

Tips ringkas untuk Ibu CEO

✨ Guna sampul/bahagi duit ikut kategori: Barang dapur, bil, tabung kecemasan.
✨ Catat perbelanjaan walaupun kecil-kecil: Supaya tak terlepas pandang.
✨ Tetapkan matlamat kewangan bulanan: Contoh, nak simpan RM200 setiap bulan.

  • Supermom akan cari sumber pendapatan tambahan
Realitinya, kos sara hidup makin tinggi. Kadang-kadang pendapatan utama suami tak cukup, jadi ramai ibu hari ini sangat kreatif dalam mencari pendapatan sampingan – sambil urus rumah, sambil tambah duit poket keluarga.

Beberapa inspirasi pendapatan tambahan yang ramai ibu buat:

  1. Bisnes Makanan Homemade
    • Kek, biskut, sambal hitam, kuih frozen – semua laku keras kalau kena dengan caranya. Modal pun tak perlu besar. Mula dengan order dari jiran-jiran dulu.
  2. Kraf & Jahitan
    • Ibu pandai menjahit? Boleh ambil tempahan kecil-kecilan, dari repair baju sampai tempahan langsir.
  3. Mengajar/Mentor Online
    • Ada kemahiran mengaji, masakan, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin? Boleh offer kelas online dari rumah saja. Zaman sekarang, semuanya di hujung jari.
  4. Dropship/Affiliate Produk
    • Tak perlu keluar modal besar. Daftar jadi dropship agent produk yang laris (contohnya, kosmetik, pakaian, makanan kesihatan) dan promosi melalui media sosial.

Tip bonus: Jangan malu nak mula kecil-kecilan. Yang penting, konsisten & bijak asingkan untung. Jangan campur duit bisnes dengan duit belanja rumah – nanti tak nampak aliran keluar masuk.

Baca juga: Nak kerja part-time tapi tak tahu nak mula dari mana? Ini 7 kerja sampingan untuk tambah pendapatan anda tahun ini

  • Simpanan & Dana Kecemasan: Superpower Ibu
Bila ada simpanan, ibu tak mudah goyah. Anak sakit, kereta rosak, dapur bocor – semua boleh dihadapi dengan lebih tenang.

Tapi, kita tahu, bukan senang nak menyimpan bila komitmen banyak. Jadi macam mana?

✔ Auto Transfer:
  • Setiap kali gaji masuk (suami atau diri sendiri), terus tetapkan auto transfer ke akaun simpanan. Anggap macam bayar diri sendiri dulu.
✔ Simpan syiling atau balance duit:
  • Jangan pandang rendah pada syiling dan balance duit beli barang. Simpan dalam tabung khas, cukup sebulan dua boleh jadi duit minyak atau belanja dapur.
✔ Guna akaun berbeza:
  • Simpanan untuk kecemasan elok asingkan dari akaun belanja harian. Lagi bagus kalau tak ada kad ATM – susah nak keluar suka-suka.

  • Ibu sebagai pendidik kewangan anak-anak
Peranan ibu bukan setakat mengurus, tapi juga mendidik. Anak-anak belajar dengan memerhati. Kalau mereka nampak ibu pandai urus duit, tahu beza keperluan dan kehendak, mereka pun akan ikut.

Apa yang ibu boleh ajar anak tentang duit?
  • Ajar konsep menabung sejak kecil (boleh bagi tabung khas untuk anak).
  • Libatkan anak dalam buat senarai barang sebelum beli.
  • Cerita kepada anak kenapa kadang-kadang kita tak beli mainan mahal – supaya mereka faham tentang keutamaan.

Percayalah, ilmu kewangan yang ibu tanam hari ini, akan jadi bekal anak bila mereka dewasa nanti.

  • Jangan abaikan diri sendiri: pelaburan & pelindungan ibu
Satu kesilapan biasa ibu-ibu – terlalu fokus pada keluarga, sampai lupa jaga kewangan diri sendiri.

Sebenarnya, ibu juga perlu ada pelindungan insurans/takaful dan pelaburan masa depan. Kalau ibu sihat, anak-anak & suami pun lebih terjaga.

Beberapa langkah mudah untuk supermom:

  • Semak sama ada sudah ada takaful/insurans untuk ibu sendiri
  • Pertimbangkan pelaburan sederhana risiko seperti ASB, Tabung Haji, atau unit trust
  • Sediakan sedikit tabung “self-care” – untuk keperluan kesihatan, rehat, atau pendidikan lanjut ibu sendiri

  • Supermom tak perlu jubah pun!
Hari ini, ramai ibu bukan sekadar duduk di dapur. Mereka berperanan besar memastikan ekonomi rumah tangga stabil. Dari dapur ke dana simpanan keluarga, dari menguli tepung ke mengira bajet, ibu adalah tunjang kewangan keluarga.

Jadi untuk semua ibu di luar sana – jangan pandang rendah dengan apa yang anda lakukan setiap hari. Setiap sen yang diurus dengan bijak, setiap keputusan kewangan yang dibuat dengan hati-hati, adalah langkah besar untuk masa depan keluarga anda.

Selamat Hari Ibu kepada semua SUPERMOM di luar sana! 🌸✨

Artikel ini disediakan oleh loanbuddy, sebuah platform permohonan pinjaman peribadi dan pinjaman koperasi dalam talian dan pada yang sama, platform untuk anda belajar tentang asas kewangan. Semak tahap kesihatan kewangan anda dengan loanfit, agar anda dapat mengetahui situasi kewangan anda pada setiap masa, tanpa sebarang caj.

*Nota: Artikel ini adalah panduan umum dan boleh disesuaikan mengikut keperluan dan situasi masing-masing.


Perlukan Pinjaman Peribadi Atau Pinjaman Koperasi?
Loanbuddy Sedia Berkhidmat!