
7 Kerja Sampingan Untuk Tambah Pendapatan Anda Tahun Ini
Jika kita sentiasa mengikuti perkembangan dalam talian, kita pasti sedar bahawa terdapat ramai dalam kalangan kita mula menceburi dalam perkara baru & ramai yang mencari jalan untuk menambah pendapatan sampingan.
Sama ada untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat atau sekadar untuk membina tabung kecemasan, kerja part-time boleh menjadi salah satu penyelesaian yang terbaik.
Namun, bagi yang baru nak mula, mungkin sukar untuk memilih kerja sampingan yang sesuai. Jangan risau, kami senaraikan 7 kerja sampingan terbaik yang anda boleh cuba tahun ini!
- 1. Content Creation
Jika anda aktif di media sosial, apa salahnya jadikannya sebagai sumber pendapatan? Mencipta konten kini semakin berkembang dan boleh memberi pendapatan lumayan. Anda boleh berkongsi ulasan tentang sesuatu produk, buat tutorial, atau rakam/vlog kehidupan harian di pelbagai platform seperti Instagram, TikTok, dan YouTube.
Syarikat sering mencari individu yang mempunyai jumlah pengikut aktif untuk mempromosikan produk mereka. Selain itu, anda boleh menjana pendapatan melalui YouTube AdSense, tajaan berbayar dan program langganan. Kuncinya adalah konsisten dan memahami tabiat pengguna anda.

- 2. Bisnes F&B
Jika anda mempunyai kemahiran dalam memasak atau membakar kek, bisnes F&B adalah pilihan terbaik untuk anda. Ramai yang berjaya menjana pendapatan hanya dengan menjual makanan dari rumah. Anda boleh menjual kek, kuih-muih, makanan sejuk beku, atau hidangan siap dimakan. Gunakan platform seperti GrabFood, FoodPanda, dan media sosial untuk memasarkan produk anda.
Selain itu, anda juga boleh menjual makanan di pasar malam atau bazar hujung minggu. Pastikan anda menawarkan sesuatu yang unik untuk menarik pelanggan!
- 3. Servis Digital & Freelance
Kalau nak tahu, freelance ini menawarkan fleksibiliti waktu bekerja dan potensi pendapatan yang besar, sebab itu pekerjaan secara freelance ini sangat popular dalam kalangan pelajar university, malah orang yang masih bekerja.
Jika anda mahir dalam bidang seperti penulisan, penterjemahan, reka bentuk grafik, penyuntingan video, atau pengurusan media sosial, anda boleh menawarkan perkhidmatan anda di platform seperti Fiverr, Upwork, dan Freelancer. Anda juga boleh mencuba nasib di platform LinkedIn juga.
Banyak syarikat tempatan sedang mencari pekerja freelance untuk projek jangka pendek, jadi pastikan anda membina portfolio yang menarik untuk mendapatkan lebih banyak klien!
- 4. Bisnes Kreatif & Produk Handmade
Bagi yang mempunyai bakat dalam seni dan kraf, anda boleh mencuba dalam bidang bisnes kreatif untuk menjana pendapatan sampingan.
Anda boleh menjual produk seperti handmade accessories, lilin aromaterapi, kad ucapan buatan tangan, atau barang-barang perhiasan rumah di platform seperti Shopee, Etsy, dan Instagram.
Anda juga boleh menawarkan perkhidmatan lukisan potret, reka bentuk logo, dan merekabentuk pakaian. Ramai sahaja pelanggan yang menghargai produk yang unik dan eksklusif, jadi gunakan kreativiti anda untuk menonjol dalam pasaran.
- 5. Servis Penghantaran Makanan & e-Hailing
Anda juga boleh memohon untuk bekerja sebagai penghantar makanan atau kurier untuk menjana pendapatan sampingan. Anda hanya perlu mendaftar dengan platform seperti Grab, FoodPanda, ShopeeFood, atau Lalamove dan mula dengan tempahan penghantaran tempatan.
Jika anda memiliki kenderaan persendirian, anda boleh menjadi pemandu GrabCar, Maxim atau inDriver. Kelebihannya, anda boleh memilih waktu bekerja mengikut kesesuaian dan memperoleh pendapatan berdasarkan usaha anda.

- 6. pemandu GrabCar, Maxim atau inDriver.
Jika anda mahir dalam sesuatu subjek, apa salahnya menawarkan kelas tuisyen secara dalam talian? Ramai ibu bapa dan pelajar mencari guru tambahan untuk membantu mereka memahami subjek seperti Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, dan sebagainya. Anda boleh menggunakan platform seperti Zoom, Google Meet, atau Skype untuk mengajar secara dalam talian.
Anda juga boleh mendaftar di laman web seperti TeachMe, MyTutor, atau Preply untuk mencari pelajar yang memerlukan bimbingan. Kelas secara individu atau berkumpulan boleh memberikan pendapatan yang stabil jika dilakukan dengan konsisten.
- 7. Affiliate Marketing
Affiliate marketing adalah kaedah yang mudah dan tidak memerlukan modal besar untuk bermula. Anda hanya perlu mempromosikan produk orang lain melalui pautan khas dan memperoleh komisen untuk setiap jualan yang dibuat melalui pautan tersebut.
Banyak syarikat menawarkan program affiliate seperti TikTok Affiliate, Shopee Affiliate, Lazada Affiliate, dan Amazon Associates. Anda juga boleh menyertai program affiliate daripada jenama tempatan.
Promosikan pautan anda melalui blog, media sosial, atau saluran YouTube untuk meningkatkan potensi pendapatan.

Kerja sampingan boleh menjadi sumber pendapatan yang baik jika dilakukan dengan betul. Sama ada anda memilih untuk menjadi content creator, menjual makanan, bekerja sebagai freelancer, atau mencuba perniagaan kreatif, pastikan anda memilih sesuatu yang selari dengan minat dan kemahiran anda. Dengan usaha yang konsisten dan strategi yang betul, kerja sampingan boleh menjadi langkah pertama anda ke arah kebebasan kewangan.
Disediakan oleh loanbuddy, sebuah platform permohonan pinjaman peribadi dan pinjaman koperasi dalam talian dan pada yang sama platform untuk anda belajar tentang asas kewangan. Semak tahap kesihatan kewangan anda dengan loanfit, agar anda dapat mengetahui situasi kewangan anda pada setiap masa, tanpa sebarang caj.
*Nota: Artikel ini adalah panduan umum dan boleh disesuaikan mengikut keperluan dan situasi masing-masing.
Perlukan Pinjaman?
Semak Kelayakan Anda Sekarang!
