Pinjaman Koperasi Vs Pinjaman Bank

    Kalau anda tidak tahu, pinjaman koperasi adalah pinjaman yang ditawarkan oleh koperasi berdaftar di Malaysia, biasanya di bawah seliaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Pinjaman ini lazimnya ditujukan kepada penjawat awam, kakitangan badan berkanun atau agensi kerajaan (termasuk GLC tertentu). Pembayaran balik kebiasaannya dibuat melalui potongan gaji secara automatik (contohnya melalui Biro ANGKASA atau Jabatan Akauntan Negara).

    Sementara itu, pinjaman bank dikeluarkan oleh pihak bank, sama ada bank konvensional atau bank Islamik, dan terbuka kepada lebih ramai jenis pemohon termasuk pekerja swasta, pekerja sendiri, selain penjawat awam. Bayaran balik lazimnya dilakukan melalui auto-debit dari akaun bank atau pemindahan ansuran bulanan secara manual.

    Secara umumnya, koperasi atau entiti yang menawarkan pinjaman koperasi termasuklah koperasi kerajaan, koperasi agensi, koperasi GLC dan koperasi berdaftar seperti koperasi tentera, koperasi kerajaan negeri dan sebagainya.

    Bagi pinjaman bank, ia ditawarkan oleh bank-bank komersial dan bank Islamik yang lazim kita gunapakai untuk kegunaan harian, seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank, dan sebagainya. Sesetengah bank juga ada kerjasama dengan entiti koperasi untuk menawarkan pinjaman koperasi melalui bank, terutamanya apabila pembayaran balik dilakukan melalui potongan gaji ANGKASA.

  • Apa syarat & proses pinjaman ni?
  • Aspek Pinjaman Koperasi Pinjaman Bank
    Siapa yang layak mohon Biasanya penjawat awam/kakitangan agensi kerajaan/GLC/badan berkanun. Terbuka untuk penjawat awam, pekerja swasta, bekerja sendiri (lebih fleksibel).
    Kaedah pembayaran balik Potongan terus daripada gaji melalui ANGKASA/Akauntan Negara. Auto-debit ke bank atau pindahan ansuran manual; sesetengah bank ada pilihan potongan gaji juga.
    Proses & kelulusan Kebiasaannya lebih mudah dan cepat. Kelulusan boleh diberi dalam masa 1-3 hari (bergantung kepada institusi koperasi). Proses lebih ketat: semakan skor kredit (CCRIS/CTOS), dokumen harus lengkap, dan sumber pendapatan tetap diperlukan.
    Kadar faedah/struktur kos Gunakan “kadar tetap” (flat rate), faedah dikira atas jumlah pokok asal sepanjang tempoh. Selalunya menggunakan “reducing balance”, iaitu faedah dikira atas baki pinjaman yang masih ada.
    Tempoh pinjaman Boleh jadi lama, sehingga 10 tahun bergantung kepada koperasi. Lazimnya 5-7 tahun untuk pinjaman peribadi, tetapi bergantung bank dan produk bank tersendiri.
    Jumlah yang diterima (payout/wang tunai) Kadang-kadang peminjam tidak menerima 100% daripada jumlah pinjaman, selepas tolak saham koperasi, takaful/insurans dan yuran keahlian. Jumlah bersih boleh sekitar 70%-98%. Biasanya hampir 100% daripada jumlah pinjaman (tertakluk kepada caj bank, insurans - bergantung kepada produk).

Baca juga: Semak Skor CTOS Anda Sebelum Terlambat

  • Pros & Cons, Kena Pilih Yang Mana Satu?
  • Kelebihan     Kekurangan
    • Mudah diluluskan, lebih sesuai untuk penjawat awam terutamanya untuk yang mempunyai rekod kredit kurang baik (contohnya CCRIS/CTOS yang tak sempurna).
    • Proses cepat dan pembayaran balik mudah melalui potongan gaji – tidak perlu risau lupa bayar.
    • Sesuai jika anda ingin akses dana walaupun skor kredit rendah, atau ingin gabung hutang lama.
    PINJAMAN KOPERASI
    • Walaupun kadar faedah nampak rendah, disebabkan oleh flat rate, jumlah faedah sebenar sepanjang tempoh boleh jadi agak tinggi jika pinjaman jangka panjang.
    • Kadang-kadang jumlah wang tunai yang diterima selepas potongan (insurans, yuran, saham koperasi) kurang daripada jumlah pinjaman yang diluluskan.
    • Jika anda memohon terlalu banyak pinjaman atau berhutang banyak, beban potongan bulanan dari gaji boleh menjejaskan kewangan harian dengan teruk.
    • Struktur faedah lebih efisien (reducing balance) - jika bayaran ikut jadual, jumlah faedah keseluruhan mungkin akan berkurangan.
    • Terbuka kepada lebih ramai jenis pemohon (bukan sekadar penjawat awam).
    • Kalau rekod kredit anda baik, bank mungkin menawarkan kadar faedah/keuntungan yang lebih kompetitif.
    PINJAMAN BANK
    • Jika rekod kredit anda lemah (CTOS/CCRIS ada rekod negatif), sukar untuk bank luluskan permohonan.
    • Proses permohonan dan semakan adalah lebih teliti. Mungkin akan mengambil masa lebih panjang berbanding koperasi.
    • Memerlukan disiplin yang tinggi untuk memastikan bayaran balik bulanan. Jika auto-debit terganggu, boleh jadi masalah.

Baca juga: Jimat Komitmen dengan Khidmat Penyatuan Hutang

  • Jadi bila perlu pertimbangkan antara pinjaman koperasi dan bank?
  • Jika anda penjawat awam, mempunyai gaji tetap dan rekod kredit yang kurang memuaskan, pinjaman koperasi boleh menjadi pilihan yang realistik dan cepat.

    Jika anda pekerja swasta, bekerja sendiri atau inginkan fleksibiliti maksimum serta faedah yang lebih efisien, pinjaman bank mungkin lebih sesuai.

    Jika tujuan pinjaman adalah untuk jangka panjang atau ingin gabungkan beberapa hutang agar ansuran bulanan lebih ringan, anda perlu membandingkan jumlah faedah dan payout sebenar sebelum menandatangani apa-apa perjanjian.

    Tips: Sebelum melakukan permohonan, semak semua kos tambahan: yuran, insurans/takaful, potongan saham koperasi, supaya anda tidak terkejut dengan jumlah bersih pinjaman yang diterima.

  • Tiada jawapan yang “paling betul”
  • Jika anda ingin kelulusan yang mudah dan pembayaran balik terus dari gaji, pinjaman koperasi sememangnya sangat memikat hati. Namun jika anda inginkan struktur faedah yang lebih adil, fleksibel dan tidak mengira apa-apa sektor pekerjaan, pinjaman bank merupakan pilihan yang lebih tepat.

    Yang penting, sebelum anda menandatangani dokumen pinjaman, semak kadar faedah, kaedah pembayaran balik, jumlah bersih (payout) dan pastikan anda disiplin membuat bayaran balik agar tidak membebankan kewangan masa hadapan.

Artikel ini disediakan oleh loanbuddy, sebuah platform permohonan pinjaman peribadi dan pinjaman koperasi dalam talian. Kami membantu memadankan anda dengan kredit komuniti, syarikat koperasi dan institusi perbankan yang sesuai! Mohon sekarang bersama loanbuddy!

*Nota: Artikel ini adalah panduan umum dan boleh disesuaikan mengikut keperluan dan situasi masing-masing.


Perlukan Pinjaman Peribadi Atau Pinjaman Koperasi?
Loanbuddy Sedia Berkhidmat!