loanbuddy Ni Scammer Ke?

Dalam dunia kewangan peribadi, ada satu perkataan yang ramai orang sedaya upaya elakkan: hutang. Tapi, hakikatnya, ramai di antara kita memang tidak dapat lari daripada hutang. Sama ada pinjaman peribadi, kad kredit, pinjaman kenderaan atau pinjaman pembelajaran, semuanya jadi beban jika tidak diuruskan dengan bijak.

Jika anda dah mula rasa tercekik dengan komitmen bulanan yang banyak, mungkin inilah masa yang sesuai untuk mengenali satu solusi praktikal yang ramai orang belum tahu, iaitu penyatuan hutang. Dan yang lebih menarik lagi, ada satu platform mesra pengguna yang boleh mengurangkan beban hutang anda: loanbuddy.

  • Apa itu penyatuan hutang?
  • Penyatuan hutang ialah penggabungan beberapa hutang sedia ada kepada satu pinjaman baru. Jadi, jika sebelum ini anda mempunyai 3 atau 4 hutang yang perlu dibayar setiap bulan kepada institusi yang berbeza, selepas melakukan penyatuan hutang, anda cuma perlu bayar satu bayaran bulanan sahaja.

Contohnya, jika anda mempunyai:

  • Kad kredit: RM5,000
  • Pinjaman peribadi A: RM10,000
  • Pinjaman peribadi B: RM8,000

Jumlah hutang: RM23,000.

Dengan khidmat penyatuan hutang, anda akan mengambil satu pinjaman bernilai RM23,000 untuk bayar semua hutang lama, dan kemudian cuma perlu bayar kepada satu pihak sahaja dengan kadar faedah yang lebih rendah serta jangka masa bayaran yang lebih fleksibel.

  • Jadi, bagaimana loanbuddy boleh membantu?
  • loanbuddy bukan sekadar platform yang biasa. loanbuddy adalah rakan pintar kewangan anda dalam menguruskan hutang dengan cara yang paling efisien.

Contohnya, jika anda mempunyai:

  1. Analisis komitmen sedia ada
  2. loanbuddy akan menilai keseluruhan profil kewangan anda, termasuk jumlah hutang, kadar faedah, tempoh bayaran, dan kemampuan bulanan. Dari situ, platform ini akan membantu anda kenal pasti mana satu hutang yang sesuai disatukan, dan berapa banyak anda boleh jimat setiap bulan.
  3. Perbandingan tawaran pinjaman
  4. Salah satu kekuatan utama loanbuddy ialah ia bekerjasama dengan pelbagai institusi kewangan di Malaysia. Jadi, anda akan diberi pilihan pinjaman penyatuan hutang yang terbaik bergantung kepada kadar faedah, tempoh bayaran, dan kelayakan.

    Cara ini jauh lebih mudah berbanding pergi ke bank satu per satu secara fizikal untuk membuat permohonan.
  1. Khidmat nasihat secara percuma
  2. Tak pasti nak pilih yang mana? Jangan risau. loanbuddy menyediakan khidmat nasihat percuma dari pakar kredit yang akan membantu anda membuat keputusan yang terbaik berdasarkan situasi kewangan anda sekarang.

    Mereka akan membantu dari A sampai Z — dari permohonan, kelulusan, sehinggalah pengurusan hutang selepas pinjaman diluluskan.

  • Bagaimana nak memohon?
  • Proses permohonan melalui loanbuddy sangat mudah dan mesra pengguna. Anda tidak perlu pun keluar rumah atau ambil cuti untuk ke bank! Berikut merupakan langkah-langkah yang mudah untuk anda:

Langkah 1: Daftar di laman web loanbuddy

Layari laman web rasmi loanbuddy dan mohon dengan mengisi maklumat asas yang diperlukan.

Langkah 2: Tunggu pakar kredit loanbuddy hubungi anda melalui WhatsApp
Pakar kredit loanbuddy akan meneliti maklumat yang anda berikan dan hubungi anda melalui WhatsApp untuk langkah seterusnya.

Langkah 3: Terima cadangan penyatuan hutang
Loanbuddy akan mencadangkan beberapa pilihan pinjaman dari institusi kewangan berbeza yang sesuai dengan profil anda. Anda boleh lihat kadar faedah, tempoh bayaran dan jumlah bayaran bulanan dengan jelas.

Langkah 4: Pilih & mohon
Pilih tawaran yang paling sesuai dan teruskan permohonan anda menerusi pakar kredit anda.

Langkah 5: Lulus & terima pembayaran
Setelah permohonan anda diluluskan, pinjaman akan digunakan untuk bayar hutang lama anda, dan anda hanya perlu membayar satu pinjaman baru setelah itu.

  • Apa yang anda akan dapat selepas permohonan lulus?

✅ Bayaran bulanan lebih rendah
Dengan kadar faedah yang lebih rendah dan tempoh bayaran yang lebih panjang, bayaran bulanan anda akan jadi jauh lebih rendah. Jadi, anda mempunyai lebihan tunai untuk keperluan lain.

✅ Kurang tekanan, hidup lebih tenang
Bayangkan tidak perlu lagi pening kepala fikir 4-5 hutang setiap bulan. Satu hutang sahaja untuk diurus. Hidup pun jadi lebih teratur dan kurang bebanan.

✅ Elak tunggakan & penalti
Dengan satu hutang dan satu bayaran tetap, risiko untuk terlupa bayar menjadi lebih rendah. Hal ini membantu dalam menjaga skor kredit anda juga.

✅ Kawal semula kewangan anda
Penyatuan hutang bukan sekadar penyelesaian jangka pendek. Ia adalah langkah pertama ke arah pemulihan kewangan yang sihat.

  • Siapa yang sesuai menggunakan khidmat ini?
Khidmat penyatuan hutang sesuai untuk:

  • Mereka yang mempunyai lebih daripada satu hutang.
  • Mereka yang dah mula rasa terbeban dengan komitmen bulanan.
  • Mereka yang ingin mengurangkan kadar faedah pinjaman.
  • Mereka yang ingin mudahkan urusan bayaran dan tak ingin pening kepala lagi.


Jika anda rasa gaji asyik “tidak cukup” tapi pendapatan bulanan sebenarnya dah cukup tinggi, mungkin inilah masanya untuk semak balik struktur hutang anda. Penyatuan hutang mungkin jawapan yang anda cari selama ini.

Hutang bukanlah sesuatu yang perlu ditakuti, asalkan kita pandai mengurus dengan disiplin. Dengan khidmat penyatuan hutang melalui loanbuddy, anda bukan sahaja boleh jimat komitmen bulanan, malah boleh ambil semula kawakan ke atas kewangan anda.

Jangan biarkan hutang mengawal hidup anda. Biarkan loanbuddy bantu anda bebas dari beban kewangan, langkah demi langkah.

Artikel ini disediakan oleh loanbuddy, sebuah platform permohonan pinjaman peribadi dan pinjaman koperasi dalam talian. Kami membantu memadankan anda dengan kredit komuniti, syarikat koperasi dan institusi perbankan yang sesuai! Mohon sekarang bersama loanbuddy!


Perlukan Pinjaman Peribadi Atau Pinjaman Koperasi?
Loanbuddy Sedia Berkhidmat!