7 Kerja Sampingan Paling Relevan Pada Zaman AI (2025)

    Malaysia sebagai pengerusi ASEAN Summit 2025 mengambil peranan strategik untuk mendorong integrasi ekonomi serantau dan menarik pelaburan asing. Melalui agenda “Inclusivity and Sustainability”, beberapa inisiatif telah dirumuskan yang berpotensi memberi limpahan besar kepada ekonomi Malaysia dalam jangka masa panjang.

  • Lonjakan Pelaburan Asing (FDI) RM300 Bilion
  • Salah satu impak paling ketara adalah lonjakan pelaburan asing, or Foreign Direct Investment, beranggaran RM300 bilion yang mungkin diperoleh Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang. Menurut analisis daripada Juwai IQI, pelaburan ini dijangka mengalir ke sektor-sektor strategik seperti infrastruktur, teknologi, pusat data dan pembangunan hartanah.

    Daripada jumlah FDI ini, IQI menganggarkan kira-kira RM15 bilion akan disalurkan ke sektor hartanah seperti membina taman perindustrian, pusat logistik, pangkalan data serta pembangunan kediaman.

    Impaknya bukan sahaja meningkatkan kapasiti fizikal negara, tetapi juga menjana pekerjaan berkualtii dan menambah nilai dalam rantaian bekalan serantau.

  • Perdagangan intra-ASEAN yang lebih kukuh
  • Melalui kerjasama dan pemacu rundingan perdagangan, Malaysia memainkan peranan aktif dalam mengukuhkan integrasi perdagangan dalam ASEAN: menerusi pengemaskinian Asean Trade in Goods Agreement (ATIGA) dan promosi pengurangan halangan perdagangan.

    Dengan pengukuhan ini, ramalan menunjukkan jumlah perdagangan serantau boleh meningkat dan Malaysia mungkin menyaksikan volum eksport yang lebih tinggi ke negara anggota ASEAN.

    Dan yang lebih menarik sekali, hal ini boleh memperkukuh Malaysia sebagai pusat eksport dan pengeluaran di rantau ini, sambil mengurangkan kebergantungan kepada pasaran luar.

  • Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ)
  • Salah satu projek utama yang mendapat tumpuan ketika pusingan kerusi pengerusi ASEAN ialah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura. Para analisis meramalkan JS-SEZ ini boleh menyumbang RM110.9 bilion kepada ekonomi Malaysia setiap tahun menjelang 2030.

    Zon in juga diramalkan akan mewujudkan 20,000 pekerjaan berkemahiran tinggi dan menarik pelaburan dalam sektor seperti pembuatan maju, pusat data, tenaga lestari dan logistik.

    Anda tak perlukan latar belakang teknikal pun, hanya perlu ikut arahan, teliti, dan boleh bekerja mengikut kuota dan tugasan.

    Ini menunjukkan bahawa ASEAN Summit menjadi platform untuk memperkenalkan projek supra-nasional yang merapatkan kerjasama antara Malaysia dan negara jiran (dalam hal ini Singapura), sekaligus menguatkan kedudukan ekonomi Malaysia dalam rantau.

Baca juga: Sistem Cukai yang Perlu Anda Tahu Jika Anda Sudah Bekerja

  • Peningkatan keyakinan pelabur & diplomasi ekonomi
  • Malaysia sebagai pengerusi ASEAN Summit telah memberi tanda positif kepada pelabur global. Seperti yang diutarakan oleh para analisis, status Malaysia sebagai tuan rumah dan pengerusi ASEAN memberi “kelebihan strategik” dalam menarik pelaburan baru.

    Malah, menurut RTM, kejayaan melakukan rundingan perdagangan dan kerjasama strategik dalam sidang kemuncak turut meningkatkan keyakinan pelabur terhadap pasaran Malaysia, termasuk kestabilan dasar dan komitmen jangka panjang.

    Lebih dari itu, pendekatan inklusif Malaysia (melibatkan banyak mesyuarat, program dialog) dipuji sebagai asas untuk keputusan kolektif dan kerjasama serantau yang mampan.

  • Teknologi, Tenaga Lestari dan Inovasi
  • Sebagai sebahagian daripada 18 Priority Economic Deliverables (PEDs), Malaysia menekankan pembangunan EV (kenderaan elektrik), teknologi hijau serta integrasi tenaga melalui ASEAN Power Grid.

    Inisiatif ini membuka peluang untuk pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui, pusat data hijau dan inovasi teknologi rendah karbon.

    Dalam jangka panjang, kolaborasi serantau ini boleh meningkatkan daya saing Malaysia dalam sektor teknologi bersih (clean tech) dan menjadikannya pemain utama dalam transformasi ekonomi hijau ASEAN.

  • Perlindungan Terhadap Goncangan Global
  • Malaysia juga menggunakan pusingan kerusi sebagai platform diplomasi untuk menghadapi cabaran luaran, seperti tarif Amerika Syarikat. Dalam mesyuarat menteri luar ASEAN, Malaysia menyeru kedalaman integrasi serantau supaya rantau ini lebih tahan terhadap “kejutan luaran” seperti tarif.

    Dengan memperkukuh kerjasama ekonomi intra-ASEAN dan mengurangkan pergantungan pasaran luar tunggal, Malaysia boleh mengurangkan risiko ekonomi dari gejolak global.

  • Cabaran & risiko
  • Walaupun prospek nampak cerah, tidak semua risiko boleh diabaikan:
    • Tawaran pelaburan yang besar iaitu meramalkan RM300 bilion FDI adalah optimistik, namun realitinya ia bergantung kepada pelabur global, kestabilan politik dan daya tarikan Malaysia.
    • Pelaksanaan projek besar seperti projek JS-SEZ dan grid tenaga memerlukan koordinasi tinggi, regulasi mesra pelabur dan pelaburan awal yang besar.
    • Walaupun Malaysia mengetuai ASEAN Summit pada tahun ini, negara-negara ASEAN lain juga bersaing untuk pelaburan FDI dan projek infrastruktur, jadi Malaysia perlu mengekalkan daya saingnya.
    • Projek hijau dan tenaga hijau mesti diurus dengan baik supaya tidak menimbulkan beban kewangan atau impak alam sekitar yang negatif.
    ASEAN Summit 2025 di bawah kepimpinan Malaysia kali ini berpotensi menjadi pemangkin kuat kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Melalui FDI besar, projek zon ekonomi khas, kerjasama teknologi hijau serta pengukuhan perdagangan serantau, Malaysia berada dalam posisi yang lebih strategik untuk menyerap manfaat ekonomi jangka panjang.

    Lebih penting lagi, kepengurusan ini juga memberi mesej kepada dunia bahawa Malaysia bukan sahaja sebuah negara pelaburan yang stabil, tetapi juga pemimpin yang mampu menggerakkan integrasi serantau yang mampan. Jika dilaksanakan dengan baik, keputusan-keputusan summit ini boleh menyumbang kepada transformasi ekonomi Malaysia dalam beberapa tahun akan datang, menjadikannya lebih berdaya saing, lestari dan terhubung dengan rantau ASEAN.

Artikel ini disediakan oleh loanbuddy, sebuah platform permohonan pinjaman peribadi dan pinjaman koperasi dalam talian. Kami membantu memadankan anda dengan kredit komuniti, syarikat koperasi dan institusi perbankan yang sesuai! Mohon sekarang bersama loanbuddy!

*Nota: Artikel ini adalah panduan umum dan boleh disesuaikan mengikut keperluan dan situasi masing-masing.


Perlukan Pinjaman Peribadi Atau Pinjaman Koperasi?
Loanbuddy Sedia Berkhidmat!