Nak Bayar Kereta, Beli Rumah, Menabung untuk Kahwin: Gaji RM2,500 Cukup Ke?
Dengan gaji RM2,500, terutama untuk golongan lepasan ijazah yang baru melangkah ke alam pekerjaan dan bekerja di Selangor, adakah ia cukup mampan dan setelah ditolak dengan komitmen, adakah terdapat sebarang baki untuk diguna?
Realitinya, ia bukan satu perjalanan yang mudah, terutama jika anda mempunyai komitmen yang tinggi. Tetapi adakah ia mustahil?
- Pendapatan selepas potongan KWSP & SOCSO
Gaji kasar RM2,500 tidak bermakna anda akan dapat jumlah penuh itu. Selepas potongan berwajib seperti KWSP (11%) dan SOCSO + EIS (anggaran 0.5%-1%), pendapatan bersih anda akan menjadi lebih kurang berikut:
| Butiran | Amaun (RM) |
|---|---|
| Gaji Kasar | 2,500 |
| Potongan KWSP (11%) | 275 |
| Potongan SOCSO + EIS | ±15 |
| Gaji Bersih | 2,210 |
- Komitmen kewangan sedia ada
| Perbelanjaan | Kos (RM) |
|---|---|
| Bayaran kereta (Axia Rahmah) | 300 |
| Bayaran pinjaman PTPTN | 200 |
| Sewa rumah (termasuk utiliti) | 600 |
| Makan minum (RM50 x 4 minggu) | 200 |
| Minyak kereta | 250 |
| Tol | 50 |
| My50 | 50 |
| Bil telefon | 60 |
| Insurans peribadi | 150 |
| Jumlah komitmen | 1,860 |
- Baki gaji selepas tolak semua komitmen
| Pendapatan bersih | RM2,210 |
| Jumlah komitmen tetap | RM1,860 |
| Baki lebihan | RM2,210 - RM1,860 = RM350 |
- Menabung untuk deposit rumah
- Simpan RM300/bulan → Cukup dalam 8-9 tahun
- Simpan RM100/bulan → Cukup dalam 25 tahun
- Tapi, pengiraan ini hanya mengambil kira gaji yang tidak mengalami sebarang kenaikan dari tahun ke tahun.
Dengan kenaikan gaji, jangan komitmen pun bertambah juga. Gaji naik, simpanan yang kena naik. Pada waktu ini, naikkan simpanan bulanan anda dengan agresif, dan anda boleh membeli rumah idaman anda dan berkahwin dalam masa yang terdekat.
- Jana pendapatan tambahan
| Kerja Sampingan | Pendapatan Anggaran (RM) |
|---|---|
| Freelance (design, copywriting, coding) | 500 - 1,000 |
| Grab/Foodpanda part-time | 400 - 800 |
| Jual produk online (Shopee/TikTok) | 300 - 800 |
| Tuisyen atau kelas online | 500 - 1,500 |
| Kerja sambilan lain | 300 - 1,000 |
Baca juga: 7 Kerja Sampingan untuk Tambah Pendapatan Anda Tahun Ini
- Jadi, gaji RM2,500 cukup ke?
“Jika saya belanja untuk kehendak ini, adakah cukup untuk saya menampung makan minum saya esok?”
Anda harus sangat berdisiplin dalam mengawal perbelanjaan anda dan kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu. Mana-mana komitmen yang boleh dikurangkan atau mansuhkan, ia harus dikurangkan dan dimansuhkan. Kuncinya adalah berdisiplin dalam perbelanjaan dan pandai mencari peluang dalam menambah sumber pendapatan anda.
Jika anda menghadapi situasi kecemasan yang amat memerlukan wang, anda boleh memohon pinjaman peribadi atau pinjaman koperasi anda di platform ini dan loanbuddy akan mencadangkan anda kredit komuniti yang sesuai dan menepati keperluan anda dalam masa terdekat.
Artikel ini disediakan oleh loanbuddy, sebuah platform permohonan pinjaman peribadi dan pinjaman koperasi dalam talian. Kami membantu memadankan anda dengan kredit komuniti, syarikat koperasi dan institusi perbankan yang sesuai! Mohon sekarang bersama loanbuddy!
*Nota: Artikel ini adalah panduan umum dan boleh disesuaikan mengikut keperluan dan situasi masing-masing.
Perlukan Pinjaman Peribadi Atau Pinjaman Koperasi?
Loanbuddy Sedia Berkhidmat!