Cantikkan Skor Kredit Sebelum Apply Loan

  • Kenapa skor kredit penting?
  • Kalau kita nak beli rumah, kereta atau nak ambil personal loan, bank tak terus bagi duit macam itu sahaja. Pihak bank akan periksa dulu rekod kewangan kita. Salah satu benda utama yang mereka semak adalah skor kredit.

    Skor kredit ini ibarat “markah report card” kewangan kita. Kalau markah tinggi, senanglah lulus pinjaman. Kalau markah rendah…alamatnya kena buat sesuatu untuk tinggikan markah atau kena bayar deposit tinggi.

    Dalam bahasa mudah, skor kredit adalah reputasi kewangan anda. Ia menunjukkan sama ada kita jenis yang bayar hutang tepat masa atau tidak.

  • Apa itu skor kredit
  • Skor kredit adalah nombor yang menunjukkan tahap “kesihatan” kewangan seseorang. Di Malaysia, skor kredit biasanya dinilai oleh CTOS atau CCRIS (di bawah Bank Negara Malaysia).
    • Julat skor CTOS: 300-850
    • Lagi tinggi skor, lagi bagus
    • Contoh tafsiran umum:

Skor Tahap
800-850 Cemerlang
700-799 Baik
650-699 Sederhana
500-649 Lemah
Bawah 500 Berisiko Tinggi
Bank suka bagi loan kepada orang yang skor kreditnya pada tahap baik dan ke atas sebab risiko gagal bayaran balik lebih rendah.

Baca juga: Mohon Pinjaman Peribadi & Pinjaman Koperasi dengan Kelulusan Segera

  • Bagaimana bank pakai skor kredit kita dalam menentukan kelulusan dan kadar faedah?
  • Bila kita apply loan, bank akan:
    1. Check CCRIS — rekod pinjaman 12 bulan terkini
    2. Check CTOS — termasuk rekod saman, muflis, tunggakan
    3. Tengok skor kredit — ringkasan keseluruhan “kejujuran” kita dalam membayar hutang

    Kalau skor kita rendah, bank mungkin:
    • Menolak permohonan pinjaman kita
    • Memerlukan penjamin sebagai syarat
    • Menaikkan kadar faedah pinjaman
    • Mengurangkan jumlah pinjaman

  • Faktor yang mempengaruhi skor kredit
  • Nak cantikkan skor, kita kena tahu apa yang menurunkan skor dulu. Faktor utama termasuk:
Sejarah bayaran Jika bayar hutang lewat, skor jatuh. Jika bayar hutang tepat pada masa, skor naik.
Jumlah hutang Jika baki hutang terlalu tinggi berbanding dengan pendapatan anda, skor jatuh.
Tempoh rekod kredit Semakin lama rekod positif kita, semakin tinggi peluang pinjaman kita diluluskan.
Jenis kredit Campuran pinjaman peribadi, kad kredit, kereta dan rumah menunjukkan kita boleh mengurus pelbagai jenis hutang.
Permohonan kredit baru Jika terlalu kerap memohon kredit dalam masa yang singkat, kita akan tampak “terdesak” di mata bank dan menyebabkan skor kredit anda dalam risiko tinggi.

  • Langkah-langkah cantikkan skor kredit
    1. Bayar hutang tepat waktu
    2. Ini benda paling asas tapi paling ramai gagal buat. Walaupun tertangguh sehari, ia tetap direkod. Gunakan:
      • Auto-debit dari akaun bank.
      • Reminder dalam telefon.

      Tip: Kalau tak mampu bayar penuh kad kredit, pastikan bayar sekurang-kurangnya minimum payment sebelum tarikh akhir.

    3. Kurangkan hutang kad kredit
    4. Kad kredit memang senang guna, tapi kadar faedahnya tinggi. Kalau kita guna sampai had maksimum, ia akan beri kesan buruk kepada skor kredit kita.
      Amalkan:
      • Guna bawah 30% daripada had kredit.
      • Bayar penuh setiap bulan jika boleh.

    5. Semak laporan kredit setiap 6 bulan
    6. Kadang-kadang skor jatuh bukan sebab kita, tapi sebab rekod salah.
      • Boleh semak CTOS atau CCRIS secara percuma (sekali setahun).
      • Kalau jumpa kesilapan, laporkan segera.

    7. Jangan tutup akaun kredit lama secara tiba-tiba
    8. Rekod lama yang bersih membantu naikkan skor sebab ia menunjukkan kita berdisiplin dalam jangka panjang. Kalau nak tutup, pastikan akaun itu memang tak digunakan langsung dan tidak memberi kesan yang negatif.

    9. Elakkan mohon banyak loan serentak
    10. Setiap kali mohon loan/kad kredit, bank akan buat hard inquiry yang boleh turunkan skor.
      Jadi:
      • Mohon jika betul-betul perlu.
      • Buat perbandingan dulu sebelum pilih satu bank.

  • Mitos tentang skor kredit
    1. “Saya tak pernah buat pinjaman, jadi skor saya mesti tinggi.”
      Salah. Tanpa rekod kredit, bank tak boleh nilai kita. Kadang-kadang skor kita rendah sebab tiada data.
    1. “Bayar hutang sikit-sikit saja cukup.”
      Salah. Bank tengok keseluruhan rekod dan baki hutang.
    1. “Tutup kad kredit terus akan naikkan skor.”
      Salah. Tutup kad kredit lama boleh kurangkan tempoh, dan ini menjejaskan skor.

  • Kesilapan biasa orang buat sebelum apply loan
    • Bayar hutang lewat beberapa bulan sebelum apply.
    • Mohon loan di banyak bank dalam masa sama.
    • Gunakan kad kredit sampai had maksimum.
    • Tak semak laporan kredit sebelum apply.

Baca juga: Ada Akaun ASB? Kenalah Rajin Menabung untuk Dapat Dividen yang Untung!

  • Berapa lama nak naikkan skor kredit?
  • Tiada jalan pintas. Biasanya, nak nampak perubahan ketara ambil masa 6 bulan hingga 1 tahun dengan disiplin.
      Faktor masa:
    • Rekod positif perlu masa untuk kukuh.
    • Rekod negatif (tunggakan, gagal bayar) boleh kekal bertahun-tahun.

  • Cantikkan dulu, baru apply
  • Skor kredit yang cantik bukan sahaja memudahkan pinjaman diluluskan, tapi boleh juga memberi kadar faedah yang lebih rendah. Ingat, bank suka memberi pinjaman kepada orang yang menunjukkan disiplin kewangan.

    Mula dari langkah yang mudah:
    • Bayar hutang tepat waktu.
    • Kawal penggunaan kad kredit.
    • Semak laporan secara berkala.

    Jika kita boleh jaga skor kredit, kita bukan sahaja senang untuk dapat pinjaman, tapi juga lebih tenang dalam menguruskan kewangan untuk masa depan.

Artikel ini disediakan oleh loanbuddy, sebuah platform permohonan pinjaman peribadi dan pinjaman koperasi dalam talian. Kami membantu memadankan anda dengan kredit komuniti, syarikat koperasi dan institusi perbankan yang sesuai! Mohon sekarang bersama loanbuddy!


Perlukan Pinjaman Peribadi Atau Pinjaman Koperasi?
Loanbuddy Sedia Berkhidmat!