7 Kerja Sampingan Paling Relevan Pada Zaman AI (2025)
-
Zaman AI bukan datang untuk ambil alih semua kerja masusia, tapi ia datang untuk menaiktarafkan cara kita bekerja. Jika sebelum ini side hustle memerlukan masa atau modal besar, sekarang banyak kerja sampingan yang boleh dilakukan 100% dari rumah, hanya dengan laptop dan internet. AI pula membantu anda buat kerja lebih cepat, lebih kemas dan kadang-kadang hampir automatik.
Berikut ialah 7 kerja sampingan yang anda boleh buat jika anda seorang pelajar, pekerja sepenuh masa, suri rumah, malah mereka yang baru nak mulai cari pendapatan tambahan.
- 1. Micro-Content Creator (video pendek) Kalau dulu buat video memerlukan kamera, editing software yang rumit dan perlukan banyak masa untuk biasakan diri mengendalinya, sekarang AI boleh bantu anda buat 80% kerja. Anda hanya perlukan sebuah topik, skrip, suara dan kemahiran mengedit yang ringkas.
Kerja ini sesuai untuk orang yang pemalu, yang ada masa sedikit sahaja selepas kerja, minat dalam niche tertentu seperti motivasi, fakta, resipi, tech, dan lain-lain.
Platform yang sesuai untuk mula ialah TikTok, YouTube Shorts dan Reels
Platform yang sesuai untuk mula ialah TikTok, YouTube Shorts dan Reels
Pendapatan dari melakukan video pendek ini datang dari ad revenue, TikTok Creativity Program, sponsorship kecil-kecilan dan affiliates (Shopee/Lazada/Produk digital).
Tips: Pilih niche evergreen seperti kewangan, pendidikan, produktiviti, resepi 1-minit atau tech yang ramai orang akan sentiasa ingin tahu.
- 2. Penyusun dan “cleaners” data untuk AI Salah satu pekerjaan paling “low-key” tapi demand tinggi sekarang ialah AI data cleaning. Kerja mudah tetapi diperlukan untuk melatih model AI.
Contoh tugasan untuk penyusun data ialah mengkategorikan gambar, label teks, semak ketepatan output AI, transkripsi mudah dan tag kategori data.
Anda tak perlukan latar belakang teknikal pun, hanya perlu ikut arahan, teliti, dan boleh bekerja mengikut kuota dan tugasan.
Platform yang popular: Remotasks, Toloka, DataAnnotaction.tech, OneForma
Pendapatan dari kerja sampingan ini boleh tahan stabil jika konsisten, kerana AI semakin berkembang. Lebih banyak data diperlukan menjadikan kerja ini semakin relevan.
- 3. AI Virtual Assistant (VA 2.0) Virtual assistant versi lama melakukan tugasan seperti menjawab emel, mengurus jadual dan buat research secara manual.
Virtual assistant yang model pula menggunakan AI untuk draft proposal, automate emel untuk follow-up, buat slide presentation secara automatik, mengurus kalendar media sosial dan membuat laporan mingguan menggunakan alatan AI.
Hal ini bermakna anda boleh handle lebih banyak client dengan masa yang lebih singkat.
VA hari ini bukan sekadar admin, anda boleh dikatakan “AI workflow operator”. Bayaran untuk VA-AI hybrid biasanya lebih tinggi kerana produktiviti naik berkali ganda.
- 4. Penulis content berfokus Ya, AI boleh menulis artikel. Namun, perniagaan masih memerlukan gaya penulisan manusia, idea yang relevan dengan lokaliti Malaysia, fakta yang tepat dan kandungan yang authentic, bukan generik.
Kerja sampingan ini sesuai jika anda merupakan seorang yang minat menulis, mempunyai pengetahuan dalam topik tertentu (seperti kecantikan, bisnes, parenting, tech, automotif, dan lain-lain), boleh menggunakan AI sebagai pembantu, bukan sebagai “penulis sepenuhnya”.
Tugasan anda ialah menghasilkan kandungan yang masih mengekalkan sentuhan manusia, menggunakan AI untuk brainstorming, struktur dan kajian asas, dan juga menggilap tulisan menggunakan gaya unik anda.
Antara platfom untuk mula termasuk, Upwork, Fiverr, grup Facebook bisnes dan LinkedIn.
Bayaran artikel niche hari ini lebih tinggi kerana bisnes nak bezakan tulisan human-led, bukan autopilot.
- 5. Buat produk digital AI memudahkan proses menghasilkan produk digital. Dengan sedikit kreativiti, anda boleh menghasilkan e-book panduan ringkas, template Notion, template Canva, preset gambar, pack “AI prompts” untuk niche tertentu dan planner digital.
Kelebihannya, anda boleh buat sekali tapi jual berkali-kali. Bukan itu sahaja, ia memerlukan modal rendah sahaja dan tidak memerlukan penghantaran fizikal.
Platform yang sesuai: Etsy, Gumroad, Shopee (digital), Payhip
Produk digital antara side hustle paling scalable pada zaman AI, sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masa terhad.
- 6. Pengurus media sosial Peniaga kecil sangat struggle dengan marketing. Masalah utama mereka ialah mereka tiada masa, tidak kreatif, tidak konsisten post dan tidak pandai untuk edit video. Anda boleh tawarkan perkhidmatan posting 12-20 konten sebulan, caption & hashtag, edit video asas, rekabentuk poster dan kalendar konten.
Menggunakan alatan AI boleh membantu anda dalam generate idea, buat auto-caption, auto-post, buat analisis engagement dan edit video secara automatik.
Dengan AI, kerja yang dulu ambil 6 jam kini boleh siap dalam 1 jam. Ramai bisnes sanggup bayar RM300-RM1,200 sebulan untuk pakej SMM lite.
- 7. Tutor Online Tutor bukan sekadar mengajar. Sekarang tutor yang pintar menggunakan AI untuk buat nota automatik, buat latihan tambahan, reka gamification untuk murid, buat video ringkas ulang kaji dan mengenal pasti kelemahan murid dalam pembelajaran melalui analisis AI.
Subjek paling in-demand: Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Coding asas dan kemahiran digital (Canva, AI, editing).
Kerja sampingan ini sangat fleksibel: anda boleh memilih untuk mengajar secara 1-on-1, grup kecil, kelas mingguan atau rakaman modul digital.
Tutor AI-assisted ini adalah lebih kompetitif berbanding tutor tradisional. Murid (dan ibu bapa) suka kaedah yang lebih interaktif dan moden.
- Jangan anggap AI sebagai halangan… Kunci untuk terus hidup dan berkembang dalam era AI bukan dengan menentang teknologi, tetapi menggunakannya sebagai tulang belakang untuk kerja harian. Dengan AI, kerja sampingan menjadi lebih pantas, lebih murah, lebih mudah belajar dan lebih mudah untuk diskala.
Jika ingin mula, pilih satu kerja yang paling dekat dengan set kemahiran anda sekarang, kemudian naiktaraf perlahan-lahan dengan alatan AI.
Artikel ini disediakan oleh loanbuddy, sebuah platform permohonan pinjaman peribadi dan pinjaman koperasi dalam talian. Kami membantu memadankan anda dengan kredit komuniti, syarikat koperasi dan institusi perbankan yang sesuai! Mohon sekarang bersama loanbuddy!
*Nota: Artikel ini adalah panduan umum dan boleh disesuaikan mengikut keperluan dan situasi masing-masing.
Perlukan Pinjaman Peribadi Atau Pinjaman Koperasi?
Loanbuddy Sedia Berkhidmat!