
Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Pinjaman Islamik
- Pinjaman Islamik ini, pinjaman Islamik itu…
Tapi, adakah anda betul-betul faham macam mana pinjaman Islamik berfungsi? Yang kita secara umumnya tahu tentang pinjaman Islamik ialah ia melarang riba. Tapi, adakah setakat itu sahaja?

- Pinjaman Islamik vs. Pinjaman Konvensional
Pinjaman Islamik merujuk kepada jenis pembiayaan yang mematuhi prinsip Syari’ah dalam Islam. Ia tidak melibatkan riba (faedah), dan ia berasaskan konsep keadilan, perkongsian risiko, dan keuntung dalam transaksi kewangan, berbeza dengan pinjaman konvensional.
Sebagai contoh, Devi dan Dahlia adalah dua sahabat yang ingin membeli kereta. Mereka pergi ke bank yang berbeza untuk mendapatkan pembiayaan.
- Devi pilih untuk dapatkan pinjaman konvensional
Devi pergi ke Bank A yang menawarkan pinjaman konvensional. Pegawai bank itu cakap:
“Miss Devi, kami bagi awak RM50,000 untuk beli kereta yang awak nak. Tapi, awak kena bayar balik pinjaman ini bersama faedah sebanyak 5% setiap bulan.”
Devi setuju dan menandatangani perjanjian. Jadi, mengikut sistem ini, Devi hanya meminjam wang dan perlu membayar lebih daripada jumlah asal kerana ada faedah.
- Dahlia pula pilih untuk dapatkan pinjaman Islamik
Dahlia pergi ke Bank B yang ada menawarkan pinjaman Islamik. Pegawai bank itu cakap:
“Cik Dahlia, kami akan beli kereta yang awak nak itu dengan harga RM50,000. Lepas itu, kami akan jual dengan awak dengan harga RM55,000. Awak hanya perlu bayar RM55,000 secara ansuran setiap bulan.”
Pada masa ini, Dahlia akan berasa pelik. Yalah, kereta dia berharga RM50,000, kenapa harga lebih tinggi? Jadi, Dahlia tanya kepada pegawai bank tersebut, “Kenapa harganya lebih tinggi?”
Pegawai itu pun jawab:
“Sebab harga itu termasuk keuntungan bank. Dan harga ini tetap sebab tak ada faedah tambahan) dan tidak akan bertambah walaupun awak lambat bayar.”
Jadi Dahlia bersetuju. Dalam sistem ini, bank tidak meminjamkan wang tapi membeli kereta itu dulu dan menjualnya semula kepada Dahlia dengan keuntungan yang telah dipersetujui.

- Jenis-jenis Kontrak Asas
Dah tahu macam mana nak bezakan pinjaman konvensional dengan pinjaman Islamik? Kita belajar pula jenis-jenis kontral asas pinjaman Islamik. Kena faham kalau nak mohon pinjaman Islamik.
-
Murabahah (Jual Beli)
Murabahah ialah transaksi di mana bank membeli sesuatu aset dan menjualnya kepada pelanggan dengan keuntungan tetap, seperti kes Dahlia tadi.
Bank membeli kereta yang Dahlia nak dan menjualnya kepada Dahlia dengan keuntungan tetap, iaitu sebanyak RM5,000 daripada harga kereta RM50,000 itu tadi. -
Ijarah (Sewaan)
Ijarah pula ialah kontrak sewaan di mana pelanggan menyewa aset daripada bank, dan ada pilihan untuk membeli aset itu pada masa depan.
Sebagai contoh, Faris nak buka sebuah kafe dan dia perlukan mesin kopi yang mahal. Jadi, dia pergi ke bank yang ada offer pinjaman Islamik untuk mendapatkan pembiayaan. Pegawai itu cakap,
“Faris, kami akan beli mesin kopi itu untuk awak. Tetapi, kami tidak akan menjualnya kepada awak. Sebaliknya, awak boleh menyewa mesin ini daripada kami dengan bayaran bulanan selama 5 tahun. Selepas tempoh itu, awak boleh memilih untuk membeli mesin tersebut dengan harga yang lebih rendah.”
Nak senang faham lagi, Ijarah ini lebih kurang sama seperti konsep “sewa untuk milik” (rent to own). -
Mudarabah (Perkongsian Keuntungan)
Mudarabah ialah kontrak di mana satu pihak menyediakan modal, dan pihak lain menjalankan perniagaan. Keuntungan dikongsi, tetapi kerugian modal ditanggung oleh pemberi modal.
Contohnya, Aina nak buka perniagaan pakaian secara atas talian, tapi dia tak cukup modal. Jadi, dia pergi ke bank yang ada menawarkan pinjaman Islamik. Pegawai bank itu cakap,
“Aina, kami akan bagi modal RM50,000 untuk perniagaan awak. Awak hanya perlu menjalankan perniagaan itu. Keuntungan yang awak dapat daripada perniagaan awak itu kita akan Kongsi: 70% untuk awak dan 30% untuk kami. Jika ada kerugian, kami akan tanggung kerugian modal, tapi awak tidak akan dapat sebarang pendapatan.”
Rasa-rasa, Aina akan setuju tak? Bank bagi modal dengan perkongsian keuntungan. Tapi, kalau perniagaan mengalami kerugian pun, tiada impak serius yang akan menimpa, cuma tiada pendapatan sahaja. -
Musharakah (Perkongsian Modal)
Musharakah pula ialah kontrak di mana dua pihak atau lebih menyumbang modal untuk perniagaan atau projek dan berkongsi keuntungan dan kerugian.
Sebagai contoh, Aiman dan bank Islamik nak labur dalam sebuah projek pembinaan rumah. Bank cakap,
“Aiman, kami sumbang RM500,000, dan awak pun sumbang RM500,000. Kita akan membahagikan keuntungan atau kerugian berdasarkan nisbah sumbangan modal ini.”
Dalam hal ini, Aiman dan bank akan berkongsi risiko dan keuntungan yang mereka dapat secara sama rata. Inilah namanya partnership in business! -
Qard Hasan (Pinjaman Tanpa Faedah)
Qard Hasan ini ialah pinjaman kebajikan yang diberikan tanpa faedah, biasanya untuk membantu peminjam dalam situasi kecemasan.
Contohnya, Hafiz menghadapi kecemasan kewangan dan memerlukan RM5,000 untuk membayar kos raswatan ibunya. Dia pergi ke bank dan memohon pinjaman. Pegawai bank cakap,
“Hafiz, kami akan bagi awak RM5,000 tanpa faedah. Awak hanya perlu bayar balik jumlah asal dalam masa setahun.”
Dalam hal ini, tiada caj tambahan yang dikenakan atas pinjaman yang dimohon oleh Hafiz. Boleh dikatakan pinjaman ini berasakan ihsan dan keikhlasan yang tidak melibatkan faedah atau syarat tambahan pada saat pengembalian pinjaman.
- Ramai orang keliru, adakah Pinjaman Islamik untuk orang Islam sahaja?
Jawapannya, tidak!
Sebenarnya, semua masyarakat tidak mengira agama boleh memohon untuk pinjaman Islamik. Tapi, kena tengok juga, sebab terdapat sesetengah bank atau institusi kewangan ada meletakkan syarat untuk produk mereka yang hanya boleh digunakan untuk urusan patuh Syari’ah.
Jadi, secara keseluruhannya, kenyataan bahawa Pinjaman Islamik adalah untuk orang Islam sahaja adalah mitos semata-mata.
Jadi, adakah anda ingin meminjam tetapi tidak yakin dengan skor kredit anda?
Try loanfit secara percuma di mana anda boleh melihat kesihatan kewangan anda agar anda dapat membuat keputusan dengan lebih yakin!
Perlukan Pinjaman?
Semak Kelayakan Anda Sekarang!
