
5 Strategi untuk Membina Tabung Kecemasan
Tabung atau simpanan kecemasan merupakan dana untuk menampung perbelanjaan yang tidak dirancang. Perbelanjaan ini termasuklah:
-
Kehilangan pekerjaan atau pendapatan berkurangan:
Jika anda kehilangan pekerjaan atau menghadapi pengurangan waktu kerja, mempunyai simpanan membolehkan anda menguruskan kos sara hidup yang penting tanpa menggunakan hutang serta-merta.
-
Kecemasan berkaitan perubatan atau kesihatan:
Isu kesihatan boleh timbul secara tiba-tiba. Walaupun anda mempunyai insurans, kos di luar poket boleh terkumpul dengan cepat.
-
Pembaikan rumah atau kenderaan yang tidak dijangka:
Pembaikan rumah yang penting seperti membaiki pemanas yang rosak atau perbelanjaan berkatian kenderaan seperti masalah enjin selalunya memerlukan perhatian segera.
Dana untuk waktu kecemasan sebegini menyediakan kusyen terhadap impak kewangan, menawarkan ketenangan fikiran dan mengelakkan kesan kewangan jangka panjang.

1. Pindahkan simpanan secara automatik.
Bank di Malaysia membenarkan pemegang akaun untuk pemindahan automatik dari akaun gaji ke akaun simpanan yang berasingan. Dengan proses ini, anda boleh memastikan bahawa mengetepikan sebahagian pendapatan anda menjadi tabiat yang konsisten. Sebagai contoh, sentiasa memperuntukkan RM200 daripada pendapatan bulanan anda kepada akaun simpanan faedah tinggi atau dana pasaran wang yang berasingan.
2. Kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu.
Kenal pasti perbelanjaan yang boleh dikurangkan untuk diletakkan dalam simpanan kecemasan anda. Sebagai contoh, kurangkan perbelanjaan makan di luar, perkhidmatan langganan atau kos pengangkutan yang berlebihan. Selain itu, anda boleh pertimbangkan untuk membeli barangan runcit secara pukal atau membeli-belah semasa promosi di pasar raya besar seperti Tesco atau Giant.
3. Cari pendapatan tambahan.
Setiap kali anda menerima bonus, bayaran balik cukai atau pendapatan tambahan, anda boleh pertimbangkan untuk meletakkan sebahagian besar (misalnya 50%) ke dalam simpanan kecemasan anda. Gig sampingan atau freelancing telah menjadi semakin berleluasa di Malaysia, dengan platform seperti Shopee dan Lazada menawarkan peluang untuk usahawan berskala kecil untuk memperoleh pendapatan tambahan. Meletakkan pendapatan tambahan ini kepada simpanan kecemasan anda boleh membantu anda mencapai sasaran anda dengan lebih cepat.

4. Kurangkan hutang.
Di Malaysia, hutang kad kredit dengan faedah tinggi adalah beban kewangan yang biasa. Utamakan membayar pinjaman dengan faedah tinggi sebelum membina simpanan kecemasan anda, kerana faedah ke atas hutang mungkin menafikan sebarang faedah yang diperoleh daripada simpanan anda. Setelah hutang dikawal, peruntukkan bayaran bulanan yang sama kepada simpanan anda.
5. Sentiasa semak semula dan laras simpanan anda.
Sentiasa semak simpanan kecemasan anda dari semasa ke semasa untuk memastikan ia sejajar dengan sebarang perubahan dalam hidup anda, seperti peningkatan dalam saiz keluarga, perbelanjaan bulanan yang lebih tinggi atau perubahan dalam keselamatan pekerjaan. Langkah yang bijak jika anda semak pelan kewangan anda setiap tahun untuk menyelaraskan matlamat simpanan anda apabila pendapatan dan gaya hidup anda berkembang.
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit (busut pun boleh jadi bukit!)
Membina simpanan kecemasan mungkin kelihatan seperti suatu tugasan yang sukar lagi-lagi dengan peningkatan kos sara hidup – inilah realiti jika anda ingin memulakan perjalanan ke arah mengembangkan simpanan kecemasan anda. Walau bagaimanapun, kepentingan memiliki jaringan keselamatan dalam kewangan ini tidak boleh tidak dipedulikan. Dengan pendekatan yang strategik, mula secara kecil-kecilan dan simpan secara konsisten. Maka, simpanan kecemasan anda akan menjadi lebih teguh, pada masa yang sama memberi anda ketenangan fikiran sekiranya terjadi perkara yang tidak dijangka.
Perlukan Pinjaman?
Semak Kelayakan Anda Sekarang!
