
Top 4 Tips Memilih Pinjaman yang Sesuai (Edisi Christmas 🌟)
- Ding Dong, Natal dah tiba!
Musim Krismas ini, seperti perayaan yang lain dan seangkatan dengannya, ia memerlukan banyak perbelanjaan untuk sesetengah orang, dari segi pembelian hadiah, dekorasi rumah, penyediaan bahan masakan untuk open house, belanja family besar makan luar, dan sebagainya.
Dah mula memasuki alam pekerjaan memang ada rasa nak berbelanja untuk family tak kira dalam bentuk hadiah ataupun bawa keluar belanja apa yang mereka nak.
Tapi, tunggu dulu!
Kalau decide nak ambil pinjaman, kena tepuk dada tanya selera dulu dan hanya ambil bila memang betul-betul terdesak.

- Jadi, apa langkah seterusnya?
Dah buat keputusan nak ambil pinjaman? Meh, baca tips dekat bawah ini biar pinjaman yang anda nak ambil itu memuaskan hati.
- Tips 1: Kenalpasti keperluan dan tujuan pinjaman
Tips ini sangat penting tau! Sebab itu kena tepuk dada dulu. Kadang-kadang orang, bila terfikir nak dapat duit yang banyak ini, dah tak dapat fikir dengan common sense.
Jadi, kenalpasti dulu kenapa perlu buat pinjaman, apa tujuan pinjaman itu diambil dan sebagainya. Bila dah tahu dan tetap target berapa nak pinjam, baru teruskan ke langkah yang seterusnya.
- Tips 2: Bandingkan kadar faedah dan caj lain
Langkah ini juga penting sebab kadar faedah ini yang menentukan bayaran bulan pinjaman kelak. Anda juga perlu memastikan tiada caj yang tersembunyi dan pemberi pinjaman mesti beritahu secara transparent setiap caj yang anda perlu bayar.
Contoh caj tersembunyi adalah seperti caj pengurusan atau pemprosesan, caj insurans atau takaful, penalti pelunasan awal, caj pembayaran lewat, caj penukaran atau penyusunan semula pinjaman dan sebagainya.
Apa yang anda perlu lakukan adalah sediakan soalan atau pertanyaan kepada pemberi pinjaman tentang sebarang caj lain selain caj yang ingin dipinjamkan.

- Tips 3: Teliti terma dan syarat dengan teliti
Semasa membuat pinjaman, anda akan diberi beberapa helai borang dan surat persetujuan. Pada waktu ini, anda mesti meneliti segala terma dan syarat dan membangkitkan sebarang persoalan jika terdapat kemusykilan.
Ingat, sebarang kontrak atau persetujuan tidak dapat dipinda sejurus selepas anda menurunkan tandatangan anda.
Pro tip: jika rakan anda seorang peguam atau yang arif tentang pinjaman, disarankan untuk bawa bersama sebagai penyokong atau saksi.
- Tips 4: Pastikan pemberi pinjaman adalah sah dan dipercayai
Sekarang ini, industri pinjaman sangat tepu dengan pertumbuhan syarikat pemberi pinjaman. Tidak dinafikan juga bahawa kadang-kadang kita tak dapat kesan yang mana yang sah, yang mana yang palsu.
Sebab itu kerap kali diingatkan untuk selidik dahulu sebelum memohon! Pastikan syarikat mempunyai nombor siri perniagaan dan lesen kebenaran operasi yang sah.
Paling utama sekali, jangan sesekali melakukan sebarang transaksi secara atas talian!

- Elakkan diri terkena dengan scam, lagi-lagi masa musim perayaan!
Nak enjoy, enjoy juga! Memang sangat senang terpengaruh dengan promosi-promosi dan pengaruh rakan sebaya yang berbelanja sakan di sana sini, tapi jangan terikut. Sebab itulah literasi dalam kewangan ini sangat penting.
Kita tak tahu mungkin rakan-rakan yang kita nampak selalu post dalam media sosial itu sebenarnya berhutang untuk beli barangan berjenama. Jangan jadikan alasan “sekali-sekala” itu membuatkan anda hilang kawalan dalam berbelanja sehingga sanggup meminjam tanpa membuat penyelidikan. Ini yang buat ramai orang terjebak dalam kes scam!
Jaga diri, dan sentiasa tingkatkan ilmu kewangan anda bersama loanbuddy.
(Untuk pengetahuan, loanbuddy mempunyai personal loan calculator untuk anda mengira anggaran bayaran bulanan pinjaman agar anda dapat merancang kewangan anda dengan lebih berkesan. Klik sini. )
Penafian: Artikel ini adalah panduan umum dan boleh disesuaikan mengikut keperluan dan situasi masing-masing. Harga yang dinyatakan adalah anggaran dan mungkin berbeza mengikut lokasi dan masa.
Perlukan Pinjaman?
Semak Kelayakan Anda Sekarang!
