loanbuddy Ni Scammer Ke?
Dalam era digital yang pesat ini, pelbagai platform kewangan dalam talian muncul untuk memudahkan urusan pinjaman peribadi. Namun, kebimbangan mengenai keselamatan dan kesahihan platform-platform ini sering timbul. Maka, platform seperti loanbuddy ini muncul untuk memberi keyakinan kepada peminjam-peminjam agar tidak tertipu dengan mana-mana skim atau scam yang berlaku.
Untuk pengetahuan semua, loanbuddy merupakan sebuah platform dalam talian yang menyediakan perkhidmatan perbandingan dan permohonan pinjaman peribadi dan pinjaman koperasi. Mereka juga menawarkan salah satu produk mereka iaitu ‘loanfit’ untuk menilai kesihatan kewangan pengguna dan membantu dalam membuat keputusan pinjaman yang bijak.
- Tanda-tanda anda kena scam!
-
Jika anda dijanjikan kelulusan pinjaman on the spot tanpa sebarang semakan kredit atau dokumen sokongan, ini adalah red flag! Pemberi pinjaman yang sah seperti pemberi pinjaman berlesen, bank dan koperasi perlu menyemak sejarah kewangan peminjam supaya dapat melihat corak pembayaran balik anda. Di sini rekod CCRIS & CTOS anda sangatlah penting!
-
Penipu sering meminta bayaran pendahuluan atau deposit, kononnya untuk bayar “processing fee”, “cukai kerajaan” ataupun “insurans”. Di sini kita kena berwaspada kerana mana-mana institusi yang sah dan berlesen tidak akan minta bayaran sebelum pinjaman disalurkan. Jika ada sebarang caj tersembunyi pun, ia akan ditolak terus dari amaun pinjaman yang telah diluluskan. Namun, sebarang caj yang terlibat hendaklah dijelaskan kepada peminjam untuk mengelakkan isu berbangkit kelak.
-
Salah satu tanda paling jelas untuk tahu sesebuah platform itu adalah penipuan atau tidak ialah laman web yang tidak profesional atau tidak lengkap. Beberapa perkara hendaklah diperhati seperti design laman web yang tampak asas dan tidak konsisten, tiada maklumat syarikat berdaftar seperti nama syarikat penuh, nombor pendaftaran SSM dan alamat fizikal, tiada dasar privasi atau terma penggunaan.
4. Permintaan maklumat peribadi yang melampau
-
Satu taktik biasa sindiket penipuan pinjaman adalah dengan meminta maklumat peribadi secara berlebihan dan tidak masuk akal, kononnya untuk “memproses permohonan”. Malangnya, ramai pemohon yang kurang berpengalaman akhirnya terpedaya dan menyerahkan maklumat sensitif yang boleh digunakan untuk aktiviti jenayah.
- Salinan penuh kad pengenalan depan dan belakang
- Slip gaji, penyata bank dan penyata KWSP sekali gus tanpa justifikasi
- Gambar anda sedang memegang IC dan kertas bertulis “Saya Mohon Pinjaman”
- Maklumat akaun bank termasuk nombor PIN/OTP
- Akses kepada akaun perbankan online atau maklumat log masuk gaji (contohnya i-Akaun KWSP)
Pemberi pinjaman sah seperti bank atau koperasi berlesen memang memerlukan dokumen tertentu untuk tujuan semakan kredit, tetapi penipu selalunya akan meminta maklumat seperti:
Ini semua adalah maklumat yang boleh digunakan untuk mencuri identiti anda, mencipta pinjaman palsu atas nama anda, atau mengakses wang dalam akaun anda.
5. Tiada perjanjian bertulis yang jelas
-
Salah satu petanda paling ketara bahawa anda sedang berurusan dengan sindiket penipuan pinjaman adalah apabila tiada sebarang dokumen rasmi atau perjanjian bertulis diberikan sebelum atau selepas pinjaman ditawarkan. Dalam sistem kewangan yang sah, dokumen perjanjian adalah satu keperluan undang-undang - ia bukannya pilihan.
- Tiada perlindungan undang-undang jika berlaku sebarang salah guna atau pertikaian
- Boleh dikenakan caj tersembunyi, kadar faedah luar jangka atau penalti yang tidak masuk akal
- Tidak tahu berapa lama tempoh bayaran, kadar keuntungan sebenar, atau syarat-syarat penting lain
Jika pemberi pinjaman tidak memberi anda sebarang surat perjanjian, jadual pembayaran atau dokumen perjanjian, anda sebagai peminjam:
- Mengapa loanbuddy platform terbaik untuk mohon pinjaman? loanbuddy komited dalam memastikan semua proses pinjaman berjalan secara sah, selamat dan bebas dari unsur penipuan. Beberapa langkah keselamatan telah diterapkan bagi melindungi data dan kepentingan pemohon:
-
loanbuddy hanya berurusan dengan bank, koperasi dan yayasan kewangan yang diiktiraf dan mempunyai lesen yang sah dari pihak berkuasa seperti Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
-
Setiap permohonan diproses melalui sistem yang dilindungi dengan teknologi penyulitan (SSL) bagi melindungi maklumat peribadi pengguna daripada diceroboh atau disalah guna.
-
Pengesahan dokumen dan identiti dilakukan secara menyeluruh termasuk cross-checking dengan agensi berkaitan untuk mengelakkan penipuan identiti.
-
Salah satu langkah keselamatan penting adalah polisi tanpa bayaran pendahuluan. Ini memastikan pelanggan tidak menjadi mangsa scammer yang sering menggunakan taktik ‘bayar dulu’.
-
Pelanggan boleh menyemak status permohonan mereka pada bila-bila masa. Ini memberi keyakinan dan ketelusan sepanjang proses pinjaman.
-
Pakar kredit loanbuddy terlatih dalam menjawab pertanyaan, menjelaskan syarat pinjaman, dan membantu pelanggan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang sahih.
Khidmat loanbuddy sebagai platform permohonan pinjaman peribadi dan pinjaman koperasi tidak memerlukan sebarang pembayaran pendahuluan atau deposit. loanbuddy hanya mencadangkan kredit komuniti atau institusi perbankan yang sesuai mengikut kesesuaian dan kelayakan profil peminjam. Sekiranya sebarang entiti yang mengaku sebagai loanbuddy meminta anda bayar deposit untuk melakukan permohonan, anda hendaklah berhati-hati dan selidik sebelum meneruskan sebarang tindakan.
Artikel ini disediakan oleh loanbuddy, sebuah platform permohonan pinjaman peribadi dan pinjaman koperasi dalam talian. Kami membantu memadankan anda dengan kredit komuniti, syarikat koperasi dan institusi perbankan yang sesuai! Mohon sekarang bersama loanbuddy!
Perlukan Pinjaman Peribadi Atau Pinjaman Koperasi?
Loanbuddy Sedia Berkhidmat!