8 Tips Bijak Melangsaikan Hutang PTPTN Dengan Cepat

Pernah terfikir tak, kenapa kawan yang lain boleh ambil pinjaman lain yang baru sedangkan hutang PTPTN mereka langsung tidak dibayar atau jarang dibayar? Mereka mempunyai gaya hidup yang mengalahkan gaya hidup T20 tapi ada hutang keliling pinggang? Sedangkan PTPTN lah salah satu pinjaman yang mempunyai kadar faedah yang paling rendah pada 1%, tapi ramai yang masih tak mampu dan tak ingin nak bayar balik!

Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ialah salah satu kemudahan utama untuk pelajar di Malaysia membiayai pendidikan tinggi. Tapi, hutang PTPTN sering menjadi beban kewangan sesetengah individu atas sebab kewangan yang tidak diurus dengan bijak.

  • 1. Fahami jumlah hutang anda

Semak baki pinjaman anda melalui laman web rasmi PTPTN atau aplikasi mudah alih myPTPTN. Fahami jumlah hutang sebenar termasuk yang tertunggak, anda dapat merancang strategi pembayaran yang sesuai.

  • 2. Buat bajet kewangan bulanan

Kawal perbelanjaan anda dengan membuat bajet bulanan, inilah yang penting. Tetapkan jumlah tertentu daripada pendapatan anda untuk pembayaran PTPTN. Contohnya, anda boleh memperuntukkan 10%-20% daripada gaji bulanan khusus untuk melunaskan hutang ini.

  • 3. Manfaatkan diskaun PTPTN

PTPTN sering menawarkan insentif seperti diskaun 10% untuk bayaran ansuran secara konsisten dan 15% untuk penyelesaian penuh. Ambil peluang ini untuk menjimatkan jumlah keseluruhan bayaran anda.

  • 4. Tingkatkan pendapatan anda

Cari peluang untuk menambah pendapatan seperti pekerjaan sampingan, freelancing, atau menjual produk secara online. Pendapatan tambahan ini boleh digunakan untuk pembayaran hutang PTPTN tanpa menjejaskan perbelanjaan lain.

  • 5. Bayar lebih daripada jumlah minimum

Jika anda hanya membayar jumlah minimum bulanan, hutang anda akan mengambil masa yang lebih lama untuk dilangsaikan. Cuba bayar lebih daripada jumlah yang ditetapkan untuk mempercepatkan proses penyelesaian. Atau, jika anda mempunyai hutang lain yang anda ingin langsaikan, boleh ikuti artikel ini untuk teknik langsai hutang.

  • 6. Gunakan wang bonus atau dividen

Gunakan wang bonus tahunan, dividen ASB, atau pulangan pelaburan untuk melangsaikan hutang PTPTN. Ini dapat mengurangkan jumlah hutang dengan ketara tanpa mengganggu bajet bulanan anda.

  • 7. Automasi pembayaran

Tetapkan arahan tetap melalui perbankan online untuk memastikan pembayaran dilakukan secara konsisten setiap bulan. Automasi ini membantu anda mengelakkan kelewatan pembayaran.

  • 8. Pertimbangkan penstrukturan semula pinjaman

Jika anda menghadapi masalah kewangan, pertimbangkan untuk memohon penstrukturan semula pinjaman dengan PTPTN. Melalui proses ini, anda boleh meminta kadar bayaran bulanan yang lebih rendah.

  • Kesan Buruk Jika Tidak Membayar PTPTN

Mengabaikan tanggungjawab untuk membayar hutang PTPTN boleh membawa kepada pelbagai kesan negatif yang serius:

  • 1. Rekod kredit yang buruk

Maklumat pembayaran anda akan dimasukkan ke dalam sistem CCRIS. Rekod buruk ini boleh menyebabkan permohonan pinjaman perumahan, perniagaan, atau kenderaan anda ditolak oleh bank.

  • 2. Tindakan undang-undang

PTPTN berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap peminjam yang gagal membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan.

  • 3. Sekatan keluar negara

Jika anda gagal melunaskan hutang, nama anda boleh disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Ini akan menghalang anda daripada membuat perjalanan ke luar negara.

  • 4. Hutang bertambah

Walaupun kadar faedah PTPN rendah, hutang anda akan terus meningkat jika pembayaran tertunggak. Ini hanya akan menambah beban kewangan anda.

  • Bayar hutang PTPTN mencabar?

Membayar hutang PTPTN mungkin kelihatan mencabar, tetapi dengan perancangan kewangan yang bijak, anda boleh melangsaikan hutang ini lebih awal dan mengelakkan kesan buruk akibat tidak membayar.

Sentiasa ingat bahawa tanggungjawab membayar pinjaman adalah langkah penting untuk menjaga reputasi kewangan dan mencapai kestabilan kewangan jangka panjang. Berani pinjam, berani bayar balik.

Mulakan dengan membuat bajet, memanfaatkan diskaun, dan menggunakan sumber kewangan tambahan untuk mempercepatkan pembayaran. Dengan dedikasi dan disiplin, anda pasti dapat mencapai matlamat bebas hutang PTPTN


Perlukan Pinjaman?
Semak Kelayakan Anda Sekarang!