
Kad Kredit vs. Pinjaman Peribadi
- Mana Lebih Sesuai untuk Keperluan Kewangan Anda?
Apabila berdepan dengan keperluan kewangan yang mendesak, 2 pilihan utama sering muncul di fikiran kebanyakan orang – menggunakan kad kredit atau memohon pinjaman peribadi. Kedua-dua pilihan ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Tetapi, yang mana satu lebih sesuai untuk situasi kewangan anda?

- First, kita kena tahu apa itu kad kredit dan pinjaman peribadi.
Kad kredit ini adalah alat pembayaran yang membolehkan anda membeli sekarang dan bayar kemudian. Bank atau institusi kewangan akan beri had kredit (credit limit) berdasarkan profil kewangan anda. Ia lebih sesuai untuk perbelanjaan yang kecil, transkasi harian, atau kecemasan.
Pinjaman peribadi pula merupakan wang tunai yang dipinjam dari bank atau institusi kewangan dengan tempoh bayaran balik yang tetap. Jumlah pinjaman, kadar faedah, dan tempoh pembayaran ditentukan semasa anda memohon pinjaman. Nak tahu lebih lanjut lagi pasal pinjaman peribadi, boleh klik sini.

- Jom tengok apa beza kad kredit dan pinjaman peribadi
Kad kredit biasanya memberi anda akses segera kepada dana, jadi sesuai untuk perbelanjaan spontan atau kecemasan. Tidak perlu lagi anda menunggu proses kelulusan yang panjang.
Antara sebab ramai yang suka menggunakan perkhidmatan kad kredit ini juga kerana banyak kad kredit menawarkan ganjaran seperti point, cashback, dan diskaun yang eksklusif. Jika kad kredit ini digunakan untuk transaksi harian, ganjaran ini boleh menjadi kelebihan besar.
Sesetengah kad kredit juga mempunyai tempoh bebas faedah sehingga 20-50 hari, bergantung kepada bank. Jika anda membayar baki penuh sebelum tempoh ini tamat, tiada faedah yang akan dikenakan.
Pinjaman peribadi pula sesuai untuk perbelanjaan yang besar kerana kebiasaannya peminjam akan memohon jumlah yang jauh lebih besar berbanding had kad kredit.
Dan bergantung kepada skor kredit anda dan institusi kewangan di mana anda mohon pinjaman, anda mungkin akan mendapat kadar faedah pinjaman peribadi yang lebih rendah daripada kad kredit iaitu antara 3-8%.
Selalunya orang yang memohon pinjaman peribadi ini mempunyai pelbagai tujuan mengapa mereka memohon, contohnya untuk biayai pendidikan, perubatan, renovasi rumah ataupun memulakan perniagaan kecil-kecilan.

- Jadi, yang mana lebih bagus?
Jawapan umum, mestilah tengok keperluan dulu. Bab kewangan ini memerlukan banyak refleksi diri – fikir dua tiga kali baru teruskan. Tanya diri sendiri: adakah keperluan saya kecil atau besar? Dapatkah saya membayar semula dalam tempoh bebas faedah kad kredit dan secara bulanan, dengan konsisten? Adakah saya mampu untuk menampung komitmen baru dengan komitmen sedia ada sekarang?
Maka, anda perlu bajetkan pendapatan bulanan anda agar anda tidak terlebih berbelanja. Jika komitmen anda terlampau tinggi dan anda struggle nak bayar balik hutang sedia ada, dapatkan pendapatan sampingan.
Yang penting, anda harus muhasabah diri dan ukur baju di badan sendiri; jika anda mempunyai banyak hutang keliling pinggang, langsaikan hutang itu dahulu sebelum menambah hutang baharu.
*Nota: Artikel ini adalah panduan umum dan boleh disesuaikan mengikut keperluan dan situasi masing-masing.
Perlukan Pinjaman?
Semak Kelayakan Anda Sekarang!
