
6 Inisiatif Ekonomi Kerajaan Malaysia yang Anda Perlu Tahu
Selepas Belanjawan 2025 dibentangkan pada tahun lepas, kita boleh melihat bahawa terdapat banyak inisiatif dari kerajaan yang dapat membantu rakyat dalam situasi ekonomi terkini. Ini menampakkan kerajaan Malaysia terus komited dalam menyokong kesejahteraan ekonomi rakyat melalui pelbagai inisiatif strategik. Langkah-langkah strategik ini bertujuan meringankan kos sara hidup, memperkasa golongan B40 dan M40, serta meningkatkan daya saing tenaga kerja negara.

- Bantuan Tunai: Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA 2025
Pada tahun 2025 ini, kerajaan meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk membantu isi rumah berpendapatan rendah. STR memberikan bantuan tunai secara berkala kepada golongan B40, termasuk warga emas, individu bujang, dan keluarga dengan tanggungan besar (Kementerian Kewangan Malaysia, 2025).
Kategori Penerima | Kadar Bayaran STR Fasa 1 |
---|---|
Isi Rumah (≤RM2,500) | RM500 |
Isi Rumah (RM2,501-RM5,000) | RM150-RM300 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang | RM150 |
Pembayaran STR Fasa 1 juga telah bermula 22 Januari 2025 yang lepas secara berfasa kepada 8.3 juta penerima yang layak. Tarikh jadual bayaran STR 2025 yang berikutnya adalah seperti berikut:
- Fasa 2: April 2025
- Fasa 3: Ogos 2025
- Fasa 4: November 2025
Untuk menyemak kelayakan anda, boleh klik pautan ini portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah dan untuk soalan lazim tentang STR, boleh baca dokumen Soalan Lazim Sumbangan Tunai Rahmah.
loanbuddy juga ada membuat liputan wawancara dengan orang awam tentang STR ini. Ikuti akaun rasmi loanbuddy di Tiktok sekarang!
Bukan itu sahaja, kerajaan memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah 2025 (SARA), iaitu bantuan tunai tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih melalui MyKad, bagi meringankan beban kos sara hidup dan memenuhi keperluan barangan asas.
SARA 2025 dijangka memberi manfaat kepada lebih 700,000 penerima melalui saluran yang lebih tersasar dan berkesan (Kementerian Kewangan Malaysia, 2025). Berikut merupakan jadual pembayaran SARA mengikut kategori:
Kategori Penerima | Jumlah Kelayakan SARA 2025 | Amaun Bayaran SARA 2025 Mengikut Bulan | |
---|---|---|---|
Januari – Mac 2025 | April – Disember 2025 | ||
Isi Rumah (STR & eKasih) | RM2,100 | RM100 | RM200 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) | RM1,650 | RM100 | RM150 |
Bujang (STR & eKasih) | RM600 | RM50 | RM50 |
Isi Rumah (STR sahaja) | RM900 | - | RM100 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja) | RM450 | - | RM50 |
Penerima boleh menggunakan sumbangan ini menerusi MyKad mulai Januari 2025 untuk pembelian makanan, minuman, ubatan, barang persekolahan dan kebersihan diri di pasar raya dan kedai runcit berdaftar seluruh negara. Anda boleh rujuk senarai kedai yang berdaftar di bawah SARA di sini.
- Program Subsidi dan Insentif untuk Kos Sara Hidup
Kerajaan Malaysia juga komited untuk memastikan akses kepada keperluan asas pada harga mampu milik melalui subsidi berikut:
- Subsidi minyak masak: Subsidi minyak masak diteruskan untuk menstabilkan harga minyak masak untuk penggunaan domestik (KPDN, 2025). Langkah ini penting untuk memastikan golongan B40 dapat membeli minyak masak pada harga yang berpatutan. Contohnya, minyak masak dalam pek bersubsidi dijual lebih murah berbanding harga pasaran.
- Subsidi bahan api: Harga petrol RON95 dan diesel terus dikawal agar kos pengangkutan kekal rendah (Petroleum Malaysia, 2025). Anggaran belanja untuk subsidi bahan api pada tahun 2025 in adalah sekitar RM30 bilion, memastikan harga petrol RON95 kekal pada RM2.05 seliter, memberikan kelegaan kepada pengguna yang bergantung kepada kenderaan untuk perjalanan harian.
- Subsidi elektrik: Kerajaan melalui Tenaga Nasional Berhad (TNB) menawarkan rebat bil elektrik kepada isi rumah berpendapatan rendah, dengan kadar diskaun sehingga 20% (Tenaga Nasional Berhad, 2025). Inisiatif ini dijangka memanfaatkan lebih 1 juta pengguna domestik. Subsidi ini juga membantu menggalakkan penggunaan tenaga yang lebih cekap dalam kalangan rakyat.
- Bantuan Rumah Mesra Rakyat (RMR): Subsidi pembinaan sehingga RM20,000 diberikan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan keluarga miskin yang tiada tempat tinggal atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina kediaman sendiri yang selesa dan sempurna (KPKT, 2025).
- Program Latihan Kemahiran dan Kebolehpasaran
Kerajaan juga menggiatkan usaha meningkatkan kemahiran tenaga kerja melalui e-Latih dan Program Penjana Kerjaya 2025.
- e-Latih: Menawarkan lebih daripada 300 kursus percuma dalam pelbagai bidang seperti Data Analitik Asas, Keusahawan Digital, Pemasaran Media Sosial, dan Pengurusan Projek (HRD Corp, 2025). Platform ini bertujuan meningkatkan kemahiran tenaga kerja untuk kekal relevan dalam pasaran kerja yang kompetitif. Antara kursus yang popluar adalah ‘Pengurusan Risiko untuk Perniagaan Kecil’ dan ‘Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Asas’. Anda boleh mendaftar kursus yang anda inginkan di Portal Rasmi e-Latih.
- Program Penjana Kerjaya 2025: Di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), program ini memberikan insentif kepada majikan untuk mengambil pekerja baru serta menyediakan latihan praktifkal kepada graduan (PERKESO, 2025). Hal ini bertujuan untuk merangsang perminataan pekerjaan di kalangan majikan dan meningkatkan peluang pekerjaan serta kebolehpekerjaan di kalangan pencari kerja tempatan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman web rasmi Penjana PERKESO.
- Insentif Cukai untuk Golongan Bekerja:
Untuk tahun 2025, kerajaan menawarkan pelbagai pelepasan cukai termasuk:
- Perbelanjaan pendidikan dan latihan semula (LHDN, 2025).
- Pembelian peralatan teknologi untuk bekerja dari rumah.
- Rawatan perubatan untuk penyakit kritikal.





Langkah ini bertujuan membantu rakyat menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik di tengah cabaran ekonomi global. Tarikh untuk melakukan e-Filing untuk Tahun Taksiran 2024 akan bermula pada 1 Mac 2025 dan tarikh terakhir pula adalah pada 30 April 2025.
- Tumpuan kepada Generasi Muda
Kerajaan juga memberi perhatian kepada pembangunan belia melalui program seperti:
- MyLesen: Peluasan program MyLesen kepada 15,000 anak muda kurang berkemampuan seperti murid sekolah menengah, mahasiswa dan belia yang mencari kerja membantu memudahkan dalam mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B2 (Motosikal).
- e-Belia 2025: Program ini memberikan kredit e-wallet sebanyak RM200 kepada golongan muda berumur antara 18 hingga 20 tahun serta pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi. Langkah ini bertujuan untuk memupuk budaya digital dengan mendorong penggunaan dompet elektronik untuk urusan pembelian dalam talian dan transaksi tanpa tunai (MDEC, 2025).

- Masa Depan Rakyat Terjamin
Inisiatif kerajaan Malaysia sepanjang tahun 2025 mencerminkan usaha berterusan untuk memperkukuhkan ekonomi rakyat dan negara. Bantuan tunai, subsidi, program keusahawanan, serta peluang peningkatan kemahiran adalah antara langkah strategik yang diambil bagi memastikan semua lapisan masyarakat mendapat manfaat.
Sebagai rakyat, kita digalakkan untuk memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin. Dengan sokongan kerajaan dan komitmen rakyat, Malaysia mampu bergerak ke arah pembangunan ekonomi yang mampan dan inklusif.
Nota: Inisiatif yang diketengahkan dalam artikel ini hanyalah sebahagian daripada inisiatif yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2025. Untuk dapatkan maklumat yang lebih lengkap, sila layari Portal Rasmi Belanjawan 2025 Malaysia MADANI.
Perlukan Pinjaman?
Semak Kelayakan Anda Sekarang!
