Minimum Gaji RM1700 di Kuala Lumpur: Cukup atau Tidak?

Gaji minimum dah naik ke RM1,700! Cukup atau tidak gaji sebanyak itu untuk menampung kos sara hidup di Kuala Lumpur? Jawapannya, YA! Nak tahu macam mana? Tiada yang mustahil, jadi mari kita rungkaikan tips dalam pengurusan kewangan yang cekap, Malaysian-style!

  • Perbelanjaan Sewa dan Tempat Tinggal

Bercakap pasal sewa dan tempat tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur, jangan dulu terjah ke Bangsar atau KLCC! Cari dulu bilik sewa di kawasan seperti Cheras, Puchong, atau Kajang yang mempunyai rangkaian pengangkutan LRT/MRT. Bukan itu sahaja, anda boleh kongsi rumah atau bilik dengan rakan-rakan yang bekerja di kawasan yang sama atau yang berdekatan untuk menjimatkan lagi kos sewa. Mengikut cadangan ini, anggaran perbelanjaan akan menjadi seperti yang berikut:

  • Sewa bilik: RM350-450
  • Bil utilities: RM50-80
  • Internet kongsi: RM20-30

  • Penggunaan Pengangkutan Awam

Kepada yang bekerja, hidup di Kuala Lumpur hanya susah kerana kita senang tergoda dengan barangan dan hiburan yang senang diakses. Maka, timbul perasaan FOMO – Fear of Missing Out. Begitu juga apabila melihat keluaran kereta terkini yang rancak didebatkan dan dibincangkan dengan rakan-rakan malah dengan ahli keluarga juga. Namun, harus sentiasa diingatkan dengan peribahasa ‘mengukur baju di badan sendiri’. Dengan hanya berbekalkan RM1,700, kereta berjenama bukanlah sesuatu yang sangat diperlukan. Tinggalkan dulu impian nak beli kereta. Sebaliknya, gunapakai aksesibiliti yang disediakan untuk orang awam seperti LRT/MRT. Cadangan perbelanjaan pengangkutan adalah seperti yang berikut:

  • Pas bulanan My50 untuk RapidKL: RM50
  • Top-up Touch 'n Go: RM80
  • Grab sekali sekala untuk kecemasan: RM100

  • Makan Minum Secara Bijak

Satu aspek lain yang boleh dijimatkan adalah makan minum harian. Bahagian ini boleh diterapkan jika anda ingin memaksimumkan gaji anda dalam makan minum harian tanpa mengehadkan keinginan untuk makan ‘mahal’. Jom praktikkan konsep "mamak economy" di mana anda membeli makanan ‘ekonomi’ (jimat). Anggaran perbelanjaan adalah seperti berikut:

  • Sarapan roti canai + teh tarik: RM4
  • Nasi campur tengahari di kedai mamak: RM7-8
  • Masak sendiri untuk dinner: RM300/bulan
  • Tapau bekal ke office: Jimat RM200/bulan


  • Aspek Lain yang Relevan

1. Group Order untuk Diskaun Kaw Kaw!

Kongsi pesanan makanan dengan rakan sekerja untuk jimatkan kos penghantaran. Lebih ramai yang join, lebih murah bayarannya! Contohnya mengguna aplikasi GrabFood di mana anda boleh memesan banyak makanan untuk dapat banyak diskaun!

2. Pasar Tani – Port Beli Barang Dapur untuk Diskaun Kaw Kaw!

Kongsi pesanan makanan dengan rakan sekerja untuk jimatkan kos penghantaran. Lebih ramai yang join, lebih murah bayarannya! Contohnya mengguna aplikasi GrabFood di mana anda boleh memesan banyak makanan untuk dapat banyak diskaun!

3. Jadilah Pemburu Sales

Siapa yang tak suka shopping? Tapi bila barangan seperti pakaian atau barangan harian dah rosak, nak tak nak, perlu dibeli juga. Jadi, bila waktu yang paling bagus dan ideal untuk shopping?

Mestilah musim menjelang perayaan! Selalunya pasaraya dan kedai akan melakukan promosi sales semasa perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali dan sebagainya. Kadang-kadang sesetengah kedai akan buat clearance sales juga, jadi kita hendaklah menjadi pemburu sales!

Nak kekal up-to-date lagi? Anda boleh sertai mana-mana group Facebook untuk dapat maklumat dan update mengenai sebarang promosi pada bila-bila masa sahaja.

PS: Menyelam di kedai bundle juga boleh mengoptimumkan lagi bajet anda tanpa mengosongkan akaun bank.

4. Memanfaatkan Program dan Skim Bantuan Kerajaan

Kerajaan kita sangat murah hati dan sentiasa mencari jalan yang terbaik untuk membantu rakyat. Maka, kita hendaklah memanfaatkan sebarang program dan skim bantuan yang telah diberikan.

Manfaatkan program seperti Rahmah, e-wallet cashback, dan subsidi pengangkutan. Belanjawan 2025 juga telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan terdapat lebih banyak lagi bantuan dan subsidi yang bakal dilaksanakan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada golongan yang layak.

  • Jadi, pecahan keseluruhan perbelanjaan bulanan amacam?

Banyak dah cadangan untuk memaksimumkan perbelanjaan dengan gaji minimum RM1,700. Setelah dicarum ke dalam KWSP, gaji bersih dianggarkan menjadi sekitar RM1,500. Jadi, jika kita lihat keseluruhan perbelanjaan bulanan, ia akan menjadi seperti yang berikut:

Perbelanjaan RM
Sewa & utilities 500
Pengangkutan awam 150
Makanan 400
Telefon & internet 50
Simpanan 200
Kecemasan 200
Total 1500

  • Extra: Tips Tambahan untuk Pendapatan Sampingan

Tapi, takkan puas hati dengan gaji minimum sahaja? Jadi, apa yang ramai orang kita buat sejak dua menjak ini adalah untuk mendapatkan wang sampingan melalui side hustle:

  • Jual makanan homemade melalui platform online
  • Buat part-time rider atau driver Grab/Foodpanda
  • Jual barang pre-loved di Carousell/Mudah
  • Buat kerja freelance di platform seperti Workee/Upwork


  • Kesimpulan

Hidup dengan gaji minimum di KL memang mencabar, lagi-lagi hub KL yang penuh dengan hiburan! But never say never! Yang penting adalah disiplin dalam berbelanja dan bijak mencari peluang menjimatkan duit. Ingat kata pepatah Melayu, "sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit."

Kualiti hidup bukan diukur dengan berapa banyak kita belanja, tapi bagaimana kita mengurus wang yang ada dengan cekap. Dengan mengamalkan tips-tips ini dan mengekalkan sikap positif, insya-Allah rezeki akan lebih berkat.



*Nota: Artikel ini adalah panduan umum dan boleh disesuaikan mengikut keperluan dan situasi masing-masing. Harga yang dinyatakan adalah anggaran dan mungkin berbeza mengikut lokasi dan masa.*


Perlukan Pinjaman?
Semak Kelayakan Anda Sekarang!