Budi95, Subsidi Bersasar di Malaysia
-
Pelancaran program Budi95 baru-baru ini menjadi tumpuan rakyat Malaysia kerana ia menandakan langkah besar kerajaan dalam melaksanakan subsidi bersasar, khususnya bagi petrol RON95. Program ini bertujuan memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar layak, terutamanya isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana, tanpa membebankan kewangan negara dengan subsidi pukal yang dinikmati semua pihak termasuk golongan berpendapatan tinggi serta warga asing.
Namun, pelaksanaan Budi95 turut menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. Ada yang menyambut baik kerana ia menganggap lebih adil, tetapi ada juga yang bimbang tentang isu teknikal, kecekapan sistem serta risiko golongan layak tercicir akibat kelemahan data atau proses pendaftaran. Perbincangan ini mencerminkan betapa pentingnya subsidi dalam kehidupan rakyat serta cabaran yang dihadapi dalam memastikan dasar ini benar-benar berkesan.
- Keadaan Ekonomi Semasa Harga barang keperluan, pengangkutan dan tenaga (termasuk bahan api dan elektrik) terus melonjak akibat inflasi. Hal ini menyebabkan rakyat B40 dan M40 merasai kesannya secara langsung. Tekanan terhadap perbelanjaan isi rumah meningkat apabila subsidi yang selama ini membantu ditarik balik atau disasarkan semula.
Bukan itu sahaja, subsidi pukal untuk bahan api, LPG, elektrik dan lain-lain melibatkan perbelanjaan besar dari segi belanjawan kerajaan. Contohnya, subsidi petrol RON95 secara menyeluruh menelan kos yang sangat besar. Kerajaan perlu seimbang antara meringankan beban rakyat dan menjaga kestabilan fiskal supaya defisit dan hutang negara tidak menjadi terlalu besar.
Kerajaan Malaysia merancang untuk melaksanakan subsidi bersasar, terutamanya untuk RON95, berdasarkan kriteria tertentu seperti pendapatan bersih rumah, menggunakan MyKad, aplikasi e-wallet atau aplikasi minyak seperti Setel dan pangkalan data utama (PADU). Subsidi bersasar dilihat dapat mengurangkan ketirisan dan memastikan bantuan sampai kepada yang benar-benar layak.
- Pendapat netizen & reaksi masyarakat
Isu teknikal seperti penggunaan MyKad, kebergantungan kepada sistem digital di kawasan luar bandar atau yang mempunyai akses terhad. Ramai rakyat risau bahawa mekanisme baru mungkin tidak menyelesaikan ketirisan sepenuhnya. Sebagai contoh, walaupun subsidi bersasar, penggunaan secara kolektif oleh golongan kaya masih boleh berlaku jika had penggunaan tidak dikawal.
Selain itu, terdapat suara yang merasakan perubahan kepada subsidi bersasar itu adalah lebih adil. Terdapat juga yang mempersoalkan jika warga asing atau mereka yang telah lama menetap tetapi bukan warganegara layak atau tidak untuk menikmati subsidi tertentu. Contohnya isu Budi95 yang viral oleh netizen. Baca juga: Mohon Pinjaman Peribadi & Pinjaman Koperasi dengan Kelulusan Segera!
- Kecekapan Proses Penggunaan Subsidi Penggunaan Pangkalan Data Utama (PADU)
PADU diusahakan sebagai satu sistem rujukan utama untuk mengenalpasti penerima subsidi sebenar. Sistem ini perlu mempunyai data terkini & tepat, termasuk pendapatan boleh guna, tanggungan dan faktor-faktor lokaliti. Jika tidak, sasaran mungkin tersasar.
Pengawalan ketirisan & penyalahgunaan
Penggunaan MyKad dalam pembelian bahan api bertujuan mencegah bukan warganegara atau penggunaan berlebihan yang menguntungkan golongan tidak layak. Namun, mekanisme seperti ini boleh hadapi cabaran seperti orang berkongsi kad pengenalan, sistem digital yang tidak stabil atau perlunya alternatif jika kad rosak.
-
Kos operasi & infrastruktur
Menjalankan sistem bersasar memerlukan kos tambahan: pembangunan sistem IT, pelatihan staf, pemantauan dan audit. Jika kos ini terlalu tinggi, penjimatan dari rasionalisasi subsidi mungkin akan ‘dimakan’ oleh kos pelaksanaannya.
Ketelusan & pengawasan
Kejelasan dalam kriteria, peraturan dan komunikasi sangat penting agar tiada salah paham dan kepercayaan rakyat terhadap sistem. Penglibatan pihak ketiga (audit, masyarakat sivil) boleh membantu memastikan subsidi digunakan dengan betul.
- Tujuan subsidi untuk membantu rakyat Subsidi masih sangat relevan dalam konteks ekonomi Malaysia sekarang, terutama untuk menyokong golongan yang berbeban tinggi dengan kos kehidupan. Namun, pendekatan subsidi pukal tidak lagi mampan tanpa penstrukturan semula dan mekanisme penyasaran yang adil dan cekap. Inovasi seperti penggunaan data pendapatan bersih, sistem pengenalan (MyKad) dan PADU adalah langkah ke arah tersebut. Meskipun begitu, pelaksanaan praktikal mesti diteliti agar kecekapan, keadilan dan keberkesanan dapat dicapai.
Artikel ini disediakan oleh loanbuddy, sebuah platform permohonan pinjaman peribadi dan pinjaman koperasi dalam talian. Kami membantu memadankan anda dengan kredit komuniti, syarikat koperasi dan institusi perbankan yang sesuai! Mohon sekarang bersama loanbuddy!
*Nota: Artikel ini adalah panduan umum dan boleh disesuaikan mengikut keperluan dan situasi masing-masing.
Perlukan Pinjaman Peribadi Atau Pinjaman Koperasi?
Loanbuddy Sedia Berkhidmat!