Belajar Menabung Dari Kecil: 5 Permainan untuk Si Cilik Anda Celik Kewangan

Menanam tabiat menabung sejak kecil adalah salah satu langkah terbaik untuk memastikan anak-anak kita celik kewangan apabila dewasa kelak. Ramai ibu bapa mungkin berfikir bahawa perbincangan mengenai wang adalah topik yang terlalu rumit untuk anak-anak, tetapi dengan pendekatan yang betul, mereka boleh belajar mengurus kewangan sambil berseronok!

  • 1. Permainan kedai-kedai

Ingat lagi tak masa kita kecil dulu, kita suka sangat main kira-kira duit dan mengetik kalkulator ala-ala cashier dengan ibu bapa ataupun adik-beradik. Begitu jugalah permainan kedai-kedai ini.

Anak-anak boleh berlakon sebagai peniaga dan pelanggan dengan menggunakan wang mainan atau duit syiling dalam jumlah kecil. Anda boleh menyediakan barang-barang seperti makanan mainan, alat tulis, atau apa sahaja yang ada di rumah. Dengan cara ini, mereka akan belajar tentang nilai wang, bagaimana membuat pembayaran, dan juga konsep baki wang.

  • 2. Tabung berwarna

Kaedah ini sesuai untuk anak-anak yang baru belajar menabung. Sediakan beberapa tabung dengan warna berbeza dan labelkan setiap satu dengan kategori tertentu seperti “Simpanan”, “Derma”, dan “Belanja”. Setiap kali mereka menerima wang saku, minta mereka membahagikan jumlah tersebut ke dalam tabung-tabung mengikut keperluan.

Dengan cara yang menarik maca mini, barulah anak-anak mula faham tentang konsep perancangan kewangan dan kepentingan menabung untuk masa depan. Mereka juga boleh melihat sendiri bagaimana Tabungan mereka semakin bertambah dari masa ke masa.

  • 3. Permainan bajet mingguan

Beri anak-anak sejumlah wang saku setiap minggu dan cabar mereka untuk menguruskan wang tersebut dengan bijak. Anda boleh memberikan senarai perbelanjaan seperti membeli snek, alat tulis, atau menyimpan sebahagian untuk masa hadapan.

Jika mereka berjaya menguruskan bajet dengan baik, anda boleh memberi ganjaran seperti menambah jumlah simpanan mereka atau membelikan sesuatu yang mereka inginkan. Ini bukan sahaja mengajar mereka tentang perancangan perbelanjaan tetapi juga memberi motivasi untuk menabung.

  • 4. Permainan simpan dan labur

Permainan ini boleh diperkenalkan kepada anak-anak yang sudah memahami konsep asas wang. Berikan mereka wang saku dan berikan pilihan sama ada untuk menyimpan di dalam tabung biasa atau ‘melabur’ dalam bentuk ‘projek’ yang anda cipta sendiri. Sebagai contoh, anda boleh menawarkan ‘pelaburan’ seperti membeli coklat yang boleh dijual kembali kepada rakan-rakan dengan sedikit keuntungan.

Dari permainan ini, mereka akan memahami bahawa selain menabung, terdapat cara lain untuk menggandakan wang mereka dengan cara yang bijak. Ini adalah pelajaran asas tentang pelaburan yang boleh membantu mereka pada masa hadapan.

Baca juga: 10 Gaya Hidup Kos Rendah

  • 5. Permainan matlamat simpanan

Sediakan satu papan sasaran simpanan di rumah dan galakkan anak-anak untuk menetapkan matlamat kewangan mereka sendiri. Contohnya, jika mereka mahu membeli permainan atau basikal baru, mereka perlu mengira jumlah wang yang perlu dikumpulkan dan tempoh masa yang diperlukan.

Setiap kali mereka menabung, mereka boleh menanda kemajuan mereka di papan tersebut. Dengan melihat sendiri bagaimana mereka semakin hampir mencapai matlamat, mereka akan lebih bersemangat untuk terus menabung.

Mengajar anak-anak menabung sejak kecil bukan sahaja membantu mereka memahami nilai wang tetapi juga membentuk sikap bertanggungjawab terhadap kewangan. Dengan permainan yang menyeronokkan, mereka bukan sahaja belajar tentang tabiat menyimpan tetapi juga memupuk kemahiran membuat keputusan yang bijak.

Sebagai ibu bapa, anda memainkan peranan penting dalam membimbing anak-anak dalam perjalanan kewangan mereka. Jadi, jadikan pembelajaran ini sebagai satu pengalaman yang menarik dan menyeronokkan. Dengan usaha yang konsisten, anak-anak anda pasti akan membesar menjadi individu yang celik kewangan dan bijak mengurus kewangan mereka sendiri!

Artikel ini disediakan oleh loanbuddy, sebuah platform permohonan pinjaman peribadi dan pinjaman koperasi dalam talian dan pada yang sama, platform untuk anda belajar tentang asas kewangan. Semak tahap kesihatan kewangan anda dengan loanfit, agar anda dapat mengetahui situasi kewangan anda pada setiap masa, tanpa sebarang caj.

*Nota: Artikel ini adalah panduan umum dan boleh disesuaikan mengikut keperluan dan situasi masing-masing.


Perlukan Pinjaman Peribadi Atau Pinjaman Koperasi?
Loanbuddy Sedia Berkhidmat!