
5 Jenis Loan Scam Terkini yang Anda Perlu Tahu
-
Zaman sekarang, apa-apa pun orang boleh scam. Dari jual barang palsu, sehingga buat akaun palsu semata-mata nak kaut untung cepat. Tapi yang paling menakutkan? Loan scam.
Kenapa? Sebab bila dah cakap pasal duit pinjaman, ramai yang akan terdesak, teruja dan akhirnya terjerat. Lagi-lagi bila tengah sesak nak bayar bil, hutang keliling pinggang atau ada projek besar yang nak dibiayai tapi tak lepas loan bank. Masa tu lah para scammer ni datang, siap dengan janji manis dan proses pinjaman yang dijanjikan mudah.
- Pinjaman tanpa dokumen (tapi minta duit deposit) Ini antara modus operandi yang paling legend tapi masih ramai yang terkena. Scammer akan approach anda—sama ada melalui Facebook, WhatsApp, TikTok, atau iklan Google—dan tawarkan loan tanpa sebarang dokumen.
- Tak perlu slip gaji
- Tak perlu penjamin (guarantor)
- Tak perlu check CCRIS atau CTOS
- Lulus dalam 30 minit
- Loan sampai RM100,000 pun boleh
Apa yang mereka janjikan?
Bila tanya pasal proses, mereka kata:
“Encik cuma perlu bayar deposit RM300 je untuk proses insuranse dan legal fee…”
Lepas bayar deposit? Hilang macam hantu!
- Terlalu mudah nak lulus loan
- Diminta bayar duit dulu sebelum duit loan masuk
- Tak ada laman web rasmi atau syarikat yang sah
- Jangan bayar apa-apa deposit awal. Bank atau institusi sah takkan minta duit pendahuluan sebelum loan diluluskan.
- Semak nombor telefon atau nama syarikat di laman Semak Mule oleh PDRM atau Bank Negara.
- Pinjaman ‘Bank Negara Malaysia’ (tapi sebenarnya geng scammer) Yessss, anda baca dengan betul. Scammer sekarang dah pandai pakai guna nama besar macam Bank Negara Malaysia (BNM) untuk tipu mangsa.
Biasanya, mereka akan call anda atau hantar email rasmi konon-konon daripada BNM. Kadang-kadang siap ada surat rasmi palsu dengan logo BNM dan tandatangan palsu.

-
Gaya ayat mereka lebih kurang macam ni:
“Kami daripada Bank Negara Malaysia ingin maklumkan bahawa anda layak menerima pinjaman khas untuk individu berpendapatan rendah…”
Lepas tu, mereka akan arahkan anda untuk transfer sedikit duit untuk “aktifkan akaun”, bayar “processing fee”, atau “deposit keselamatan”.
Realitinya?
BNM bukan pemberi pinjaman. Mereka hanya badan pengawal selia untuk institusi kewangan. Kalau ada orang tawarkan loan atas nama BNM, itu memang scam 100%.
Tips elak terkena:
- Terus pergi ke laman rasmi bnm.gov.my untuk semak apa-apa tawaran atau panggilan yang mencurigakan.
- Jangan pernah transfer duit ke akaun peribadi atas alasan “processing fee”.
- Skim pinjaman peribadi “Islamik” tapi tak wujud Zaman sekarang, ramai orang prefer ambil pinjaman yang patuh syariah. Scammer ambil kesempatan dengan tawarkan pinjaman “Islamik” yang kononnya:
- Bebas riba
- Tak ada penalti
- Berlandaskan murabahah atau wakalah
- Tanpa cagaran
-
Lepas duit diberi? Senyap. Habis cerita.
Ada juga kes di mana mereka siap bagi salinan “surat kelulusan” kononnya dari Bank Islam atau Bank Rakyat – tapi semuanya palsu.
Tips elak terkena:
- Kalau mereka dakwa wakil bank, minta ID rasmi dan call bank sendiri untuk sahkan.
- Jangan mudah percaya hanya kerana ada istilah Arab dalam perjanjian (tak semua orang yang guna “Islamik” itu halal!)
- Loan melalui aplikasi palsu Yang ini makin berleluasa sekarang – scammer buat app pinjaman palsu yang nampak legit, siap boleh download dari Google Play Store. Nama app kononnya macam “FastCash Malaysia” atau “Pinjaman Kita”, padahal tak berdaftar langsung dengan Bank Negara atau KPKT.
- Mereka minta akses ke gambar, SMS, contact, dan semua data dalam phone.
- Bila anda apply loan, mereka akan minta “deposit” atau “bayaran cukai”.
- Kalau anda tak bayar, mereka akan ugut sebar gambar anda, contact family, dan buat macam-macam hal.
Bila anda install:
Tips elak terkena:
- Semak senarai aplikasi pinjaman sah di laman web Bank Negara.
- Jangan benarkan akses penuh bila install apa-apa app pinjaman.
- Kalau kena ugut, buat laporan polis segera dan hantar aduan ke CyberSecurity Malaysia.

- Pinjaman Ah Long menyamar sebagai syarikat sah Ini jenis loan scam yang paling merbahaya. Ada ramai yang fikir mereka deal dengan syarikat pinjman berlesen, rupa-rupanya dah masuk perangkap Ah Long.
- Ada pejabat kecil tapi tak daftar dengan KPKT
- Janji kadar faedah rendah, tapi tiba-tiba caj “hidden fees” yang gila-gila
- Akan ugut secara fizikal kalau lambat bayar
- Akan datang rumah, tampal gambar anda atau call keluarga anda
Macam mana nak tahu? Biasanya mereka:
Ada yang siap suruh tanda tangan “kontrak” palsu yang sebenarnya satu perangkap.
Tips elak terkena:
- Semua pemberi pinjaman berlesen mesti berdaftar dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
- Semak nama syarikat di laman rasmi https://kpktspps.kpkt.gov.my/
- Jangan pinjam duit dari orang yang tak ada lesen sah – walaupun terdesak.
- Jadi, apa yang anda boleh buat untuk elak daripada menjadi mangsa? Sekarang anda dah tahu 5 jenis loan scam yang tengah hot sekarang, jom recap sedikit apa yang anda patut buat untuk lindungi diri:
- Selalu semak nama syarikat pinjaman di laman BNM dan KPKT
- Jangan bayar apa-apa deposit awal – bank takkan minta bayaran sebelum pinjaman lulus
- Jangan percaya iklan “pinjaman lulus dalam 10 minit” terutamanya dari media sosial
- Jangan bagi maklumat peribadi atau akses telefon dengan sewenang-wenangnya
- Report terus kalau rasa dah kena scam – lapor ke CCID Scam Response Center di talis 03-2610 1559
- Jangan jadi mangsa, jadi bijak Zaman sekarang scammer bukan lagi orang kampung yang baru pandai bab IT. Mereka ni dah level pro, tahu guna psikologi, tahu target emosi kita dan kadang-kadang menyamar lebih meyakinkan daripada pegawai bank sendiri.
Jika anda atau kenalan anda tengah mencari loan, pastikan buat research dulu. Jangan malas nak semak latar belakang pemberi pinjaman, dan jika rasa ada benda tak kena–ikut naluri anda.
Lebih baik susah sikit cari loan yang sah, daripada rugi ribu-raban pada scammer.
Artikel ini disediakan oleh loanbuddy, sebuah platform permohonan pinjaman peribadi dan pinjaman koperasi dalam talian. Kami membantu memadankan anda dengan kredit komuniti, syarikat koperasi dan institusi perbankan yang sesuai! Mohon sekarang bersama loanbuddy!
Perlukan Pinjaman Peribadi Atau Pinjaman Koperasi?
Loanbuddy Sedia Berkhidmat!
